Utusan Borneo (Sabah)

Penguasaan kelab Sepanyol dalam Liga Juara bakal tergugat

-

MADRID, Sepanyol: Neymar dan Kylian Mbappe mengetuai impian Paris Saint Germain (PSG) Untuk menyingkir­kan Real Madrid dari penguasaan bola sepak Eropah ketika saingan pusingan pertama Liga JuaraJuara bermula hari ini.

Presiden La Liga Sepanyol, Javier Tebas, mengkritik perbelanja­an 222 juta euro oleh PSG untuk mendapatka­n Neymar dari Barcelona sebagai “dadah wang” dengan PSG kemudian membelanja­kan 180 juta lagi untuk mendapatka­n Mbappe dari Monaco tahun hadapan, dengan kontrak pinjaman bermula musim ini.

Kelab-kelab dari Sepanyol menguasai pertanding­an ini sejak beberapa musim dengan Real memenangi kejuaraan sebanyak tiga kali dari empat tahun terakhir, dengan Barcelona muncul juara pada 2015.

Bagaimanap­un, penguasaan mereka berada dalam ancaman bukan sahaja dari PSG tetapi kebangkita­n Liga Perdana, yang memiliki lima wakil di pusingan pertama kejohanan buat kali pertama.

PSG pastinya mencuri perhatian utama dengan memulakan kempen menentang Celtic di Scotland.

Bagaimanap­un, juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich, yang akan memulakan perlawanan menentang Anderlecht di tempat sendiri, akan memberikan ujian awal kepada kekuatan PSG dalam saingan Kumpulan B.

Perpindaha­n Neymar membangkit­kan kekecohan di Barcelona dengan perbalahan terbuka di antara lembaga pengarah kelab dan pemain utama di kelab.

Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu mendakwa Barca akan “lebih kompetetif” musim ini berbanding musim lepas walaupun kehilangan Neymar selepas membelanja­kan 145 juta euro untuk pemain sayap Ousmane Dembele sebagai pengganti Neymar.

Dembele beraksi memberangs­angkan pada penampilan sulung sebagai pemain gantian di Barca dan beliau mengumpan gol untuk Luis Suarez ketika Barca membelasah Espanyol 5-0 Sabtu lepas. Teori Bartomeu akan menjadi perhatian apabila pasukannya menanti kunjungan Juventus, yang pernah menewaskan Barca di peringkat suku akhir musim lepas dengan agregat 3-0. Real dijangka tidak menghadapi masalah apabila memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan menentang kelab dari Cyprus, APOEL Nicosia pada hari Rabu. Tottenham Hotspur dan Liverpool mempunyai perlawanan paling sukar untuk wakil dari England. Spurs mahu menamatkan badi Stadium Wembley apabila menanti kunjungan Borussia Dortmund pada satu perlawanan yang boleh menjadi pasukan naib juara kepada Real Madrid dalam Kumpulan H. Selepas dimalukan 0-5 oleh Manchester City, Liverpool mahu mengembali­kan keyakinan dengan menentang Sevilla.

Manchester United memulakan kempen di Eropah dengan menentang FC Basel di Old Trafford sementara Manchester City bertandang ke Feyenoord, yang kembali beraksi di Eropah buat kali pertama sejak 2001 dan Chelsea menanti kunjungan kelab pendatang baharu kejohanan, Qarabag dari Azerbaijan.

Chelsea berdepan saingan sengit ke pusingan kedua dengan Atletico Madrid dan AS Roma juga berada dalam Kumpulan C, dengan Atletico bertandang ke Roma pada perlawanan hari ini.

Dua pasukan yang menyerlah musim lepas, Monaco dari Perancis dan Leipzig dari Jerman, akan bertemu dalam Kumpulan G. Leipzig, yang membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara, memberikan saingan yang kuat kepada Bayern Munich dalam Bundesliga Jerman musim lepas sementara Monaco muncul juara dengan menamatkan penguasaan PSG. – AFP

 ??  ?? PEMAIN baharu PSG Mbappe dan Neymar sewaktu sesi latihan pasukan. - Gambar REUTERS
PEMAIN baharu PSG Mbappe dan Neymar sewaktu sesi latihan pasukan. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia