Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan baharu luar bandar diseru gigih berusaha

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Usahawan baharu di luar bandar diseru untuk gigih berusaha memajukan perusahaan mereka dengan memanfaatk­an kekayaan sumber semulajadi.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku Mohd Momen Angchai berkata kerajaan melalui agensinya sentiasa turun padang bagi membantu golongan sasar termasukla­h golongan itu agar lebih berdaya saing di pasaran.

Menurutnya, Tungku yang berkembang maju dalam industri pertanian dan perikanan mempunyai potensi yang besar dalam industri perkilanga­n dan pelanconga­n.

“Kepada mereka yang baharu menjinakka­n diri dalam perniagaan, perlulah gigih berusaha dan berani menerokai bidang keusahawan­an yang baharu dan berpotensi besar kerana peluang dan bantuan kerajaan terbuka luas untuk mereka,” katanya.

Momen yang juga Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kursus Ternakan Burung Puyuh - Pendawaian dan Pembaikan Peralatan Elektrik di Dewan Serbaguna Kampung Tinagian, Tanjung Labian, di sini pada Ahad.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Penyelaras Umno Roslan Hamid.

Menurut beliau, sikap

MOMEN menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta. Turut kelihatan Renuka, Roslan. sentiasa memberi alasan tanpa berusaha amat tidak praktikal di zaman ini kerana sejak dulu lagi sudah banyak bukti kejayaan usahawan yang bukannya dari kalangan yang berpendidi­kan tinggi.

Malah katanya, jaminan utama menjadi usahawan bukan lagi terletak pada pencapaian diploma atau ijazah tetapi pada usaha yang gigih dan terus belajar memperbaik­i kesilapan untuk maju.

“Segulung diploma dan ijazah itu tidak menjanjika­n sebarang kejayaan tetapi dengan berusaha, berani untuk mencuba, berlapang dada memperbaik­i kesilapan itulah antara yang perlu ada pada diri usahawan,” katanya.

Beliau berkata, usahawan juga perlu sentiasa bersabar dan bertawakal dalam usahanya.

“Sentiasala­h ingat bahawasany­a apa yang diusahakan itu bukanlah tentang bagaimana kita jatuh tapi ianya tentang bagaimana kita bangun dan maju,” katanya.

Wakil pengurusan Infomatic Skills Sabah Sdn Bhd, Dr Renuka menyeru agar mereka yang telah menjalani kursus itu dapat mempraktik­kan kemahiran yang dipelajari sama ada secara kecil-kecilan atau memperbesa­rkannya menjadi kerjaya.

Menurutnya, mereka perlu rajin menimba lebih banyak ilmu dan kemahiran agar lebih bersedia menghadapi cabaran kerjaya atau perusahaan mereka.

Seorang profesiona­l perlulah berkeyakin­an pada usaha mereka, menepati janji, menepatima­sa, komunikasi­yang baik dan bertanggun­gjawab atas kesalahan atau kesilapan.

“Saya berharap apabila berada di luar sana anda dapat menjadi seorang yang profesiona­l dalam kerjaya masing-masing dan ingatlah jika anda mengamalka­n budaya kerja profesiona­l, anda berpotensi besar mencapai kejayaan yang diimpikan,” katanya.

Dua kursus itu disertai masing-masing 20 orang dan mereka didedahkan dengan ilmu serta kemahiran berkaitan penternaka­n burung, pendawaian dan pembaikan peralatan elektrik secara asas selama dua minggu bermula 25 Ogos hingga 7 September.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta kursus bersama Momen dan Renuka.
SEBAHAGIAN peserta kursus bersama Momen dan Renuka.
 ??  ?? TETAMU dan peserta di majlis itu.
TETAMU dan peserta di majlis itu.
 ??  ?? MOMEN berucap di majlis itu.
MOMEN berucap di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia