Utusan Borneo (Sabah)

Semarak kecintaan kepada negara

Hari Kebangsaan perlu diisi program memperinga­ti sejarah

-

KUDAT: Ahli Parlimen Kudat Datuk Haji Abdul Rahim Bakri berkata Malaysiaki­nisebuahne­gara yang maju dan berdaya saing selepas 60 tahun mencapai kemerdekaa­n.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini merupakan acara penting yang perlu dihiasi dengan penyediaan pelbagai aktiviti sebagai program memperinga­ti sejarah negara.

“Sebelum mencapai kemerdekaa­n, negara kita mundur dalam pelbagai aspek terutama sekali dalam bidang ekonomi dan pendidikan kerana kita telah diperintah oleh kuasa asing yang mempunyai matlamat mereka tersendiri.

“Setelah kita mencapai kemerdekaa­n, hasil usaha pemimpin membolehka­n kita melihat secara jelas Malaysia bukan lagi mudur dalam kepelbagai­an malah menjadi sebuah negara maju berdaya saing dan telah diiktiraf sebagai negara kedua di Asia selepas Singapura yang maju dalam pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Daerah Kudat di Pusat Sukan di sini pada Isnin.

Abdul Rahim berkata, kegigihan barisan pemimpin yang membawa negara ini sehingga maju dan disegani oleh negara lain di dunia ini mendapat perhatian negara luar.

Katanya rakyat Malaysia amat bertuah jika dibandingk­an negara lain seperti Palestin, Iraq dan paling terburuk Bosnia yang mana rakyatnya bercakaran sesama sendiri sehingga berpecah-belah.

“Kita wajib bersyukur dan terus berusaha sehati sejiwa membentuk perpaduan yang mantap demi keutuhan negara kita yang berdaulat aman dan makmur untuk selamanya,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Daerah Kudat Sapdin Ibrahim berkata, program bertujuan menyemarak­kan lagi kecintaan kepada negara yang sudah mencapai kemerdekaa­n melebihi separuh abad.

Katanya, penganjura­n program Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia diselarask­an bagi memberi peluang kepada masyarakat di daerah ini melibatkan diri dalam pelbagai acara yang dijalankan.

“Sebanyak 33 kontinjen terlibat program ini bagi menyemarak­kan lagi semangat rakyat yang merdeka terhadap usaha murni pemimpin terdahulu membawa keluar Malaysia dari cengkaman kuasa asing,” katanya.

Sementara itu, johan perarakan dan perbarisan kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n disandang Jabatan Kesihatan Kudat, kedua Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ketiga Mahkamah Anak Negeri (MAN) Kudat.

Kategori Pertubuhan/ Persatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kampung, johan disandang oleh Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat, naib johan Wanita Umno Bahagian Kudat dan ketiga Kampung Parapat Laut Kudat.

Kategori Unit Beruniform, johan ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kudat, naib johan SMK Lok Yuk dan ketiga Jabatan Sukarelawa­n Rakyat (Rela) Kudat.

Manakala kategori Sekolah Rendah dan Menengah, johan disandang SMK Abdul Rahim I, naib johan SK Landung Ayang Laut dan ketiga GiatMara Kudat. Kesemua pemenang menerima hadiah berupa wang tunai.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Kudat Supt Douglas Taong dan Naib Ketua Umno Bahagian Kudat Akram Haji Ismail.

 ??  ?? KONTINJEN Pejabat Kesihatan Kudat johan kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n Daerah Kudat.
KONTINJEN Pejabat Kesihatan Kudat johan kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n Daerah Kudat.
 ??  ?? AKRAM, Douglas (dua dari kanan) dan Sapdin (dua dari kiri) mengabadik­an gambar kenangan bersama Kontinjen Perkep IPD Kudat.
AKRAM, Douglas (dua dari kanan) dan Sapdin (dua dari kiri) mengabadik­an gambar kenangan bersama Kontinjen Perkep IPD Kudat.
 ??  ?? UPACARA menaikkan Jalur Gemilang diringi dengan lagu Negaraku.
UPACARA menaikkan Jalur Gemilang diringi dengan lagu Negaraku.
 ??  ?? ADEGAN tembak menembak penjenayah dan polis antara aktiviti pengisian program kali ini.
ADEGAN tembak menembak penjenayah dan polis antara aktiviti pengisian program kali ini.
 ??  ?? PERGERAKAN Wanita Umno Kudat mampu menduduki naib johan kategori NGO.
PERGERAKAN Wanita Umno Kudat mampu menduduki naib johan kategori NGO.
 ??  ?? SMK Abdul Rahim I Kudat menjuarai kategori Sekolah Rendah dan Menengah.
SMK Abdul Rahim I Kudat menjuarai kategori Sekolah Rendah dan Menengah.
 ??  ?? SAPDIN (tujuh dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Rahim.
SAPDIN (tujuh dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Rahim.
 ??  ?? LAFAZ ikrar dipimpin oleh PDRM.
LAFAZ ikrar dipimpin oleh PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia