Utusan Borneo (Sabah)

Miliki dadah: Lelaki dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan

-

KOTAKINABA­LU:Seorang pemilik butik dikenakan penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas kesalahan memiliki dadah seberat 56.43 gram.

Rubiah Lahani Abdul Rahman, 33, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif.

Sebelum ini, tertuduh berhadapan dengan hukuman gantung mandatori apabila didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanap­un tertuduh bernasib baik apabila pertuduhan terhadapny­a dikurangka­n kepada Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum lima tahun atau seumur hidup dan tidak kurang daripada sepuluh sebatan.Namun tiada sebatan dikenakan terhadap pesalah wanita.

Rubiah didapati memiliki dadah jenis Methamphet­amine berkenaan pada 17 Mei tahun lalu jam 4.10 pagi, di restoran makanan segera KFC, Kompleks Karamunsin­g, di sini.

Peguam Hairul V.Othman dalam rayuan bertulisny­a memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman yang ringan dengan mengambil kira pengakuan salah menjimatka­n masa dan kos mahkamah.

Selain itu, tertuduh yang menjalanka­n perniagaan butik seorang pesalah pertama dan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa selepas kejadian berkenaan.

Tambahnya, tertuduh ‘sudah dihukum’ apabila risau memikirkan pertuduhan yang didakwa kepadanya yang menyebabka­nnya berhadapan dengan tali gantung.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun meminta hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentinga­n awam dan keseriusan kesalahan.

Tegasnya, pengakuan salah tidak melayakkan tertuduh mendapatka­n hukuman yang lebih ringan dan jenayah seperti itu kerap berlaku di negara ini.

 ??  ?? RUBIAH (kiri) bersama peguamnya Hairul (kanan) di luar mahkamah.
RUBIAH (kiri) bersama peguamnya Hairul (kanan) di luar mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia