Utusan Borneo (Sabah)

De Boer dalam tekanan selepas Palace tewas lagi

Crystal Palace alami kekalahan keempat selepas tewas di Burnley

-

LONDON, England: Frank de Boer berikrar untuk terus mencabar masa depannya selepas pasukannya, Crystal Palace tewas 0-1 di Burnley, sekali gus menambah tekanan ke atas dirinya sementara rakan sejawatann­ya di Newcastle United, Rafael Benitez, meningkatk­an lagi keyakinann­ya apabila menang 1-0 di Swansea City.

Palace kini sudah tewas semua empat perlawanan liga di bawah bimbingan De Boer selepas kesilapan pemain sayap, Lee ChungYong menghadiah­kan Chris Wood gol sulung di tempat sendiri untuk Burnley pada perlawanan di Turf Moor.

De Boer mungkin akan dipecat tetapi bekas jurulatih Inter Milan dan Ajax itu menegaskan fokus utama beliau ialah untuk terus membina skuad dari aksi yang memberangs­angkan hari ini (Ahad).

“Saya hanya memberi fokus kepada apa yang dapat saya kawal dan begitu juga dengan kakitangan dan pemain saya,” kata beliau.

“Masa depan itu adalah urusan orang lain tetapi ketika saya masih pengurus Crystal Palace, saya akan memberikan sepenuh usaha saya.

“Kami harus mendapat ganjaran dari usaha kami setakat ini tetapi malangnya tidak berlaku hari ini. Saya kecewa dengan keputusan tetapi saya tidak kecewa dengan cara kami bermain.”

Benitez tidak hadir pada perlawanan menentang Swansea kerana masih merawati masalah jangkitan tetapi ketiadaan beliau tidak dirasai.

Masa depan itu adalah urusan orang lain tetapi ketika saya masih pengurus Crystal Palace, saya akan memberikan sepenuh usaha saya.Kami harus mendapat ganjaran dari usaha kami setakat ini tetapi malangnya tidak berlaku hari ini. Saya kecewa dengan keputusan tetapi saya tidak kecewa dengan cara kami bermain.

FRANK DE BOER Pengurus Crystal Palace

AKSI

Pengurus berusia 57 tahun itu menjalani pembedahan Isnin lepas dan tidak sempat pulih untuk bersama-sama skuad ke Swansea.

Lascelles mengembali­kan semangat Benitez dengan gol tunggal kemenangan pada perlawanan di Stadium Liberty.

Kemenangan kedua Newcastle melonjak mereka ke pertengaha­n liga dan memberikan Benitez harapan di mana mereka boleh mengelak penyingkir­an walaupun kekurangan pembelian penting sejak dinaikkan dari Liga Kejuaraan.

Penolong pengurus Newcastle, Francisco de Miguel Moreno berkata: “Rafa mahu datang dan mahu melakukan segalagala yang beliau mampu untuk hadir tetapi keadaan cuaca juga tidak membantu. Beliau sentiasa aktif dan terus berhubung dengan kami sepanjang perlawanan.” – AFP

 ??  ??
 ?? perlawanan Crystal Palace dan Burnley yang berlangsun­g pada Ahad. - Gambar REUTERS ??
perlawanan Crystal Palace dan Burnley yang berlangsun­g pada Ahad. - Gambar REUTERS
 ??  ?? DE BOER
DE BOER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia