Utusan Borneo (Sabah)

Beriadah sambil beramal

Program Jejak Saudara anjuran Alumni SMKA Sabah Limauan

- Oleh SADDAM EDRIS

BERIBADAH korban sambil menjalanka­n kerja amal dan mendekati golongan yang kurang bernasib baik menjadi aktiviti Pertubuhan Alumni SMKA Sabah Limauan.

Bertempat di Kampung Toboh Baru Keningau dan Kampung Nahaba Kota Belud, pelbagai acara dilaksanak­an oleh Alumni Limauan sempena program amal yang dikenali ‘Program Jejak Saudara’ itu.

Program berkenaan juga bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban yang mana mereka menjalanka­n ibadah korban sambil beramal bersama saudara baharu dan asnaf di kampung terbabit.

Pengerusi Alumni SMKA Sabah Limauan Usman Hamid berkata, program itu memberi fokus kepada penganjura­n aktiviti amal bersama saudara baharu dan golongan asnaf khasnya mereka yang menetap di luar bandar.

“Program sebegini dilihat mampu memupuk hubungan silaturahi­m yang erat sesama ahli alumni dari pelbagai latar kerjaya dan umur dan ia juga dapat mengeratka­n kerjasama alumni dengan saudara baharu yang memang memerlukan perhatian serta bimbingan berterusan.

“Ia agak unik kerana selain memberi peluang kepada alumni beribadah korban, program ini dapat memberi peluang kepada ahli alumni melakukan kerja amal terhadap kaum muallaf dan asnaf di Kampung Toboh Baru dan Nahaba,” katanya.

Alumni Limauan melalui Biro Sosial dan Kebajikan bersama mantan pelajar ambilan tahun 1983 turut menyampaik­an sumbangan pakaian solat serta peralatan mengaji untuk digunakan di Surau Kampung Toboh Baru.

Manakala, di Kampung Nahaba, pihak penganjur menyumbang­kan bantuan kewangan untuk pembelian peralatan asas di Surau AlHidayah.

Pengagihan daging korban diberikan kepada 30 mualaf dan asnaf di kedua-dua kampung selain beras sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah.

Selain itu, Surau Kampung Pinipilana­s Sook yang diwakili oleh pengerusi JKKK turut menerima sumbangan kewangan untuk pembelian tangki air di majlis berkenaan.

Usman merakam penghargaa­n atas sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung terlibat serta keprihatin­an Yadim Sabah yang sentiasa menyokong usaha sedemikian.

Bagi program di Kampung Toboh baru, ia diterajui oleh wakil Alumni Ag Ruzi Ag Tahir yang juga Bendahari Alumni Limauan, Ketua Biro Sosial dan Kebajikan Munirah Ahmad dan ahli majlis tertinggi yang lain.

Program di Kampung Nahaba pula dihadiri oleh Ketua Anak Negeri Kota Belud Marsin Jamarin, Pengarah Sambutan Ulangtahun ke-40 SMKA Sabah Limauan Salman Ismail, Penyelaras Program Bahari Said dan timbalan pengerusi JKKK Nahaba mewakili penduduk kampung.

 ??  ?? AG Ruzi (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada saudara baharu di Kampung Toboh Baru.
AG Ruzi (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada saudara baharu di Kampung Toboh Baru.
 ??  ?? PENGANJUR merakam gambar kenangan bersama saudara baru dan asnaf.
PENGANJUR merakam gambar kenangan bersama saudara baru dan asnaf.
 ??  ?? USMAN (tiga, kanan) menyampaik­an sumbangan daging korban dan beras kepada saudara baharu.
USMAN (tiga, kanan) menyampaik­an sumbangan daging korban dan beras kepada saudara baharu.
 ??  ?? ALUMNI Limauan merakam gambar kenangan bersama pada Program Jejak Saudara di Kampung Toboh Baru Keningau.
ALUMNI Limauan merakam gambar kenangan bersama pada Program Jejak Saudara di Kampung Toboh Baru Keningau.
 ??  ?? SALMAN (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Imam Surau Al-Hidayah.
SALMAN (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Imam Surau Al-Hidayah.
 ??  ?? MUNIRAH (kiri) menyampaik­an sumbangan berupa pakaian solat kepada saudara baharu.
MUNIRAH (kiri) menyampaik­an sumbangan berupa pakaian solat kepada saudara baharu.
 ??  ?? PENDUDUK Kampung Nahaba bergotong royong melapah daging korban.
PENDUDUK Kampung Nahaba bergotong royong melapah daging korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia