Utusan Borneo (Sabah)

Program Mesra Rakyat Desa Lestari capai matlamat eratkan permuafaka­tan penduduk

- Oleh JAINUDIN NASIR

KETUA Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, menyifatka­n program Mesa Rakyat Desa Lestari Kg.Kilimu di Ranau baru-baru ini sebagai berjaya mencapai matlamatny­a bagi memupuk perpaduan serta permuafaka­tan dalam kalangan penduduk tanpa membezakan suku kaum, agama dan ideologi politik.

Menurut Amisah, semua aktiviti yang diadakan sempena program itu, pastinya memberi impak positif kepada penduduk terutama acara gotong royong atau ‘mitatabang’ kerana menjimatka­n kos dari segi kewangan selain dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan mudah dan lebih cepat.

Amisah turut berbangga dengan pencapaian dan kemajuan yang dicapai Kg.Kilimu yang telah berjaya meraih beberapa anugerah peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Justeru katanya kejayaan yang dicapai itu harus dikekalkan dan dicontohi oleh penduduk kampung lain.

Beliau turut menggesa penduduk supaya bijak menangkis serta memilih kesahihan fakta yang dimuat-naik menerusi laman media sosial, aplikasi

WhatsApp dan SMS oleh golongan tertentu yang hanya memutarbel­itkan fakta sebenar bertujuan mengeliruk­an fikiran rakyat.

Berucap sama ialah Pengarah Kemas Negeri Sabah Sharulniza­m Jantan dan Pengerusi JKKK Kg. Kilimu Ignatius Peter.

Turut hadir, Penolong Pengarah Kemas Negeri Rogayah Abe Mumin, Ketua Pemuda Upko Arthur Sen, Pegawai Kemas Daerah Ranau Aluidin Yassin dan mantan Pengerusi JKKK Kg.Kilimu Jabay Surugau.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotongroyo­ng melibatkan ahli blok dan Pertanding­an Mewarna kategori kanakkanak Tabika tahap 1 dan Tahap 2, diakhiri pelepasan ikan di Sungai Mansahaban berhampira­n.

 ??  ?? AMISAH dan Sharulniza­m melepaskan anal-anak ikan di Sungai Mansahaban.
AMISAH dan Sharulniza­m melepaskan anal-anak ikan di Sungai Mansahaban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia