Ahli Umno perlu akur keputusan pucuk pimpinan
RANAU: Rhythms Of Kinabalu (ROK) merupakan antara sektor utama penyumbang kepada tarikan pelancong ke Sabah, khususnya ke daerah Ranau dan Kundasang.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata, peningkatan jumlah pelancong ke Sabah adalah berasaskan permintaan terhadap perkhidmatan merangkumi pengangkutan, penginapan dan makanan selain kelebihan elemen seni budaya serta kehalusan budi dan cara hidup masyarakat setempat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan berharap sumbangan program seni budaya khasnya melalui program jangkauan seni budaya mampu menarik puluhan ribu pelancong dalam dan luar negara.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Rhythms Of Kinabalu di Tapak Tamu Liwagu Ranau. Teks ucapannya telah disampaikan oleh Pembantu Menteri Datuk Haji Kamarlin Haji Ombi.
Masidi berkata, statistik Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dan AirAsia menunjukkan peningkatan kehadiran pelancong seramai 7.25 juta pada 2016 berbanding 3.7 juta pada 2015.
“Peningkatan jumlah pelancong itu membuktikan Sabah menjadi salah satu negeriyangwajibdikunjungi dan destinasi pilihan pelancong,” katanya.
Menurut beliau, kementeriannya akan terus positif untuk mengenalpasti produk baharu di seluruh negeri khususnya kawasan luar bandar
KAMARLIN menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan masakan tradisional.
dengan pertumbuhan industri pelancongan melalui program Sabah Rural Tourism Roadshow (SRTR).
ROK yang julungkalinya dilaksana secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bukan hanya memaparkan elemen seni budaya, malah bersifatkan kemasyarakatan sesuai disertai pelbagai lapisan masyarakat.
Antara program yang dijalankan ialah Kemas 4U, Pusat Transformasi Komuniti Bergerak,
KAMARLIN dan Abd Gaffar (kanan) berbincang mengenai jenis makanan tradisi yang dimasak oleh peserta.
Kayuhan Negara Sehati Sejiwa, Semarak Desa, Kempen BuahBuahan Ulam-Ulaman, Demonstrasi Wira Negara, ROK Mini Fun Cat bersama Powercat, jualan kraftangan dan produk Adabi, sukan rakyat, Tamu Ranau dan pencungkilan bakat.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Haji Abd Ghaffar A Tambi dan Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin.