Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan desa sertai pameran sempena HPPN 2017

Sambutan Perayaan HPPN Peringkat Negeri Sabah 2017

- Oleh SALMAN ABADI

SEBANYAK 15 pengusaha bimbingan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) dari pelbagai daerah menyertai pameran sempena sambutan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) peringkat negeri Sabah.

Sambutan HPPN itu diadakan selama tiga hari di Padang Majlis Daerah Tuaran (MDT) dengan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’.

Penglibata­n para usahawan dalam pameran berkenaan merupakan pakej pembanguna­n usahawan desa KPLB yakni mereka dibantu dengan penyediaan bangunan serta peralatan sebagai tempat untuk menjalanka­n aktiviti keusahawan­an dalam pelbagai bidang kemahiran dan penghasila­n produk.

Selain itu, mereka juga diberikan kursus kemahiran yang berterusan serta usaha pemasaran melalui penyertaan pameran jualan dan promosi produk desa di dalam dan luar negeri.

Dua pengusaha kuih tradisiona­l sejak 2010 dari Kampung Pimping Membakut, Nurrafizah Ahmad dan Junaidah Jamaludin amat berterima kasih kepada pihak KPLB kerana banyak membantu dalam menyediaka­n bangunan serta peralatan membuat kuih-muih tradisiona­l dan mempromosi­kan melalui penyertaan dalam pameran jualan.

Kuih tradisiona­l yang diusahakan ialah seperti kuih sapit, baulu, cacah rempeyek dan berbagai jenis lagi.

Turut menyertai pameran itu ialah tiga pengusaha batik canting sejak 2014 dari Kampung Pantai Sipitang iaitu Siti Majisah, Siti Rosjumaah Rosli dan Gazali Salam.

Mereka menjalanka­n perusahaan mencanting batik di Pusat Kemahiran Masyarakat (PKM) Sipitang KPLB.

Majisah berkata, beliau amat menyokong usaha KPLB menyertai pameran itu untuk membantu para pengusaha untuk mempromosi dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Selain itu katanya, penyertaan dalam pameran seumpamany­a bukan sahaja membuka ruang yang lebih luas dalam konteks pemasaran produk, tetapi juga memberi pengetahua­n dan pengalaman berguna kepada semua pengusaha yang terlibat.

Turut menyertai pameran itu ialah pengusaha produk lebah madu dari Kampung Gombizau Matunggong, Haini Majumkod.

Sementara itu, Penolong Pegawai Latihan Seksyen Kemajuan Industri Desa (KID) KPLB Abdul Halim Haji Matusin memberitah­u, selain penyertaan pengusaha bimbingan KPLB ke pameran jualan, pengusaha KPLB juga dinasihatk­an agar membuat pemasaran produk melalui media sosial yang merupakan salah satu cara yang betul.

Katanya, kaedah dan cara baru memasar dan menjual produk yang paling efisien dan berjaya ialah melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Linkedin, Foursquare, Youtube dan sebagainya.

Beliau berkata, media sosial pada masa kini merupakan cara promosi perniagaan yang popular dan mudah kerana boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana sahaja.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL HALIM
ABDUL HALIM
 ??  ?? MAJISAH (kanan), Ghazali dan Rosjumah (kiri) pengusaha batik canting dari Kampung Pantai Sipitang.
(Gambar bawah) PENGUSAHA bimbingan KPLB (peserta pameran) bergambar kenangan bersama Abdul Halim (duduk empat kiri), Khatijah dan (tiga kiri) dan Linda...
MAJISAH (kanan), Ghazali dan Rosjumah (kiri) pengusaha batik canting dari Kampung Pantai Sipitang. (Gambar bawah) PENGUSAHA bimbingan KPLB (peserta pameran) bergambar kenangan bersama Abdul Halim (duduk empat kiri), Khatijah dan (tiga kiri) dan Linda...
 ??  ?? NURHAFIZAH (kiri) dan Junaidah, pengusaha kuih tradisiona­l dari Kg Pimping Membakut.
NURHAFIZAH (kiri) dan Junaidah, pengusaha kuih tradisiona­l dari Kg Pimping Membakut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia