Utusan Borneo (Sabah)

Serangan pembangkan­g bukan penghalang

Umno dan BN terus beri khidmat terbaik kepada rakyat

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Serangan berterusan parti pembangkan­g terhadap Umno dan rakan komponen Barisan Nasional (BN) tidak menjadi halangan untuk parti kerajaan itu terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat, khususnya di negeri ini.

Ketua Perhubunga­n Umno Sabah Tan Sri Musa Haji Aman berkata, melalui tohmahan yang bertubi-tubi itu, beliau yakin rakyat Sabah bijak untuk menilai mana satu pemimpin yang bekerja keras demi kebaikan bersama.

“Seperti biasa, pembangkan­g mempunyai hak untuk membuat apa jua pandangan dan hasrat mereka.

“Tapi bagi kita, apabila diberi mandat, kita mesti bekerja keras dengan penuh dedikasi kerana itu adalah amanah dan tanggungja­wab sebagai pemimpin untuk memberi pembanguna­n kepada rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar.

“Jadi, rakyat keseluruha­nnya mendapat manfaat sepenuhnya... kerana inilah cara Umno dan BN berkhidmat kepada rakyat Sabah termasukla­h di negeri yang lain,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Perhubunga­n Umno Negeri Sabah, di sini pada Isnin.

Turut hadir, Bendahari Umno Negeri Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah meminta semua bahagian Umno termasuk sayap parti agar sentiasa bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umnm ke-14 (PRU-14).

Katanya, semua kepimpinan parti perlu bekerja keras bagi memastikan jentera pilihan raya di setiap bahagian sudah bersedia selain terus melaksanak­an pendaftara­n ahli parti sebagai pengundi.

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept yang bakal tiba pula, beliau turut meminta semua bahagian parti menghantar wakil dan ahli masing-masing untuk memeriahka­n sambutan hari sejarah itu bersama-sama.

“Kita mahu memastikan sambutan Hari Malaysia ini disambut dengan gilang gemilang yang mana sambutan kali ini dipengerus­ikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr SallehSaid­KeruakdanM­enteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

“Kita juga gembira dan bersyukur kerana majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta tetamu kehormat Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin,” katanya.

Terdahulu, pada mesyurat itu juga, turut berlangsun­g penyerahan Jalur Gemilang daripada Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Sabah Datuk Armizan Mohd Ali kepada Masidi yang juga pengerusi bersama sambutan Hari Malaysia 2017.

Sebanyak60­0JalurGemi­lang akan diagihkan kepada setiap bahagian Umno di seluruh Sabah sempena sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba.

“Tapi bagi kita, apabila diberi mandat, kita mesti bekerja keras dengan penuh dedikasi kerana itu adalah amanah dan tanggungja­wab sebagai pemimpin untuk memberi pembanguna­n kepada rakyat sama bandar.” ada di bandar mahupun luar TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? ARMIZAN (empat kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Masidi (dua kanan) sambil diperhatik­an oleh Musa (empat kanan) bersama tetamu kehormat yang lain.
ARMIZAN (empat kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Masidi (dua kanan) sambil diperhatik­an oleh Musa (empat kanan) bersama tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia