Utusan Borneo (Sabah)

Tetapkan rekod sejarah hapus kekeliruan

-

KOTA KINABALU: Rekod sejarah negara Malaysia hendaklah ditetapkan bagi menghapusk­an kekeliruan terhadap Hari Kemerdekaa­n, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kata Ketua Pegawai Publisiti Parti Liberal Demokratik (LDP) Albert Kok.

Beliau berkata, pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura telah bergabung untuk membentuk Persekutua­n Malaysia.

“Walaupun Singapura berpisah daripada Persekutua­n pada 1965, peruntukan yang ditetapkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak berubah untuk Sabah, Sarawak dan Malaya,” jelasnya.

Albert berkata sejarah negara dengan jelas mencatatka­n bahawa Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.

Oleh itu, Hari Kebangsaan negara akan jatuh pada 16 September, bermakna rakyat sebenarnya merayakan ulangtahun ke-54 Malaysia tahun ini.

Beliauberk­ataterdapa­tbanyak perdebatan antara pemimpin politik dan masyarakat mengenai Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaa­n.

“Ada yang berpendapa­t Malaysia berusia 60 tahun dan lebih daripada itu, malah ada yang percaya 31 Ogos adalah Hari Kemerdekaa­n kita. Itu tidak boleh jauh daripada kebenaran.”

Beliau menegaskan bahawa 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaa­n bagi Malaya sedangkan Sabah dan Sarawak masing-masing mencapai kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1963 dan 22 Julai 1963.

“Sambutan Hari Kemerdekaa­n pada 31 Ogos tidak signifikan kepada Sarawak.

“Oleh itu, negara kita harus merayakan 16 September sebagai Hari Kebangsaan untuk menghormat­i status yang sama bagi Sabah, Sarawak dan Malaya di dalam Persekutua­n Malaysia.

“Sambutan Hari Kebangsaan perlu diadakan pada 16 September, bukan pada 31 Ogos,” katanya.

Sebab itu katanya, adalah penting untuk menetapkan rekod sejarah negara kita secara telus untuk menghapusk­an kekeliruan berkaitan perkara itu.

 ??  ?? ALBERT
ALBERT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia