Utusan Borneo (Sabah)

Simpan harta curi: Pemuda diarah lakukan khidmat masyarakat 100 jam

-

KOTA KINABALU: Seorang pemuda diperintah­kan melakukan kerja khidmat masyarakat selama 100 jam, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menyimpan harta curi.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu terhadap Muhammad Adam Shukry Roslan, 19, pada Selasa selepas laporan sosial dikemukaka­n.

Sebelum ini, tertuduh mengaku bersalah menyimpan sebuah motosikal yang diketahuin­ya sebagai harta curi, milik seorang lelaki berusia 33 tahun.

Kesalahan didapati dilakukan pada 20 Julai jam 3.05 petang di kawasan parkir, di hadapan sebuah restoran makanan segera, Putatan.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani perintah berkenaan serentak dengan perintah khidmat masyarakat selama 100 jam, atas kesalahan mencuri kenderaan.

Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni bertindak untuk pendakwaan.

Di Kuala Lumpur, seorang wanita Nigeria didenda RM1,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada Selasa kerana menawarkan perkhidmat­an seks kepada seorang anggota polis.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu ke atas Aitimon Raith Efe, 27, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan. Dia membayar denda.

Ibu kepada seorang anak itu didakwa menawarkan perkhidmat­an seks bagi tujuan pelacuran kepada L/Koperal Musa Mohamad Kadam di depan Valvet di Jalan Berangan, Bukit Bintang di sini, pada 5.30 pagi, 6 Sept lalu.

Dia dituduh menurut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Wanita itu turut didenda RM500 atau sebulan penjara kerana melanggar syarat pas pelajarnya dengan bekerja sebagai pelacur, di tempat dan tarikh yang sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39(b) PeraturanP­eraturan Imigresen 1963 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Dalam rayuannya, Aitimon yang diwakili peguam Norizan Yaacub berkata itu kesalahan pertamanya dan dia menyesal atas perbuatann­ya selain mempunyai seorang anak yang tinggal di negara asal.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menggesa mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia