Utusan Borneo (Sabah)

ABM sasar pingat emas

Sempena pertanding­an World Skills Abu Dhabi 2017

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Akademi Binaan Malaysia (ABM) mensasarka­n pingat emas pada pertanding­an World Skills Abu Dhabi 2017 dalam bidang Penjubinan Dinding dan Lantai.

Peserta dari Sabah Marinsun Lanun, 21 yakin dengan latihan intesif yang dijalankan selama ini mampu memberikan keyakinan kepadanya untuk mencipta sejarah pada pertanding­an itu.

“Menang dan kalah adalah adat pertanding­an, tetapi sasaran kita adalah menjuarai pertanding­an ini yang mana turut disertai oleh 25 pasukan dari negara lain.

“Sekiranyam­ampumendap­at pingat emas, maka ianya adalah hadiah terbaik kepada negara ini, diri sendiri, kawan-kawan, keluarga dan juga ABM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ABM Wilayah Sabah di sini, pada Jumaat.

Marinsun berasal dari Kampung Radu Jalan Korongkom Kota Marudu dan adalah anak ketujuh daripada lapan adik beradik.

Katanya, sebelum ini dia berjayamen­dapat pingat emas dalam bidang yang sama pada pertanding­an World Skills Malaysia Kategori Belia peringkat akhir di ABM Wilayah Selatan 2015.

“Saya juga berjaya mendapat pingat perak pada pertanding­an Global Skills Challenge Australia 2017 yang telah diadakan di Sydney pada Julai lalu.

“Pada 13 sehingga 19 Oktober depan, saya akan mewakili negara ini dalam pertanding­an World Skills Abu Dhabi 2017 dalam bidang Penjubinan Dinding dan Lantai,” katanya.

Menurutnya, ABM telah memberikan peluang kepadanya untuk mendapatka­n kemahiran agar boleh meningkatk­an ekonomi diri dan keluarga.

“Kami sekeluarga berasal dari kawasan pedalaman dan mempunyai latar belakang kewangan yang tidak baik, oleh yang demikian, kemahiran yang diperolehi daripada ABM khususnya di sini boleh membantu diri saya, ibu bapa serta adik beradik yang lain untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.

“Oleh itu, mungkin selepas tamatnya pengajian saya di sini, saya boleh fokus untuk bekerja sendiri ataupun menjadi seorang usahawan.

“Pasaran kerja di sini juga menyediaka­n peluang pekerjaan yang banyak kepada mereka yang mempunyai kemahiran terutamany­a kemahiran dalam bidang pembinaan seperti yang ditawarkan di ABM,” katanya.

Sementara itu, Pengajar atau Mentor kepada Marinsun, Jasni Idris berkata, pertanding­an itu diadakan sebanyak tiga modul yang mana setiap peserta dikehendak­i menyiapkan modul itu dalam tempoh 22 jam.

Katanya, selama enam jam diberikan setiap hari selama tiga hari bagi menyiapkan tiga modul itu dan hari keempat hanya empat jam disediakan.

“Latihan yang dilakukan selama ini memang menepati tempoh masa dalam pertanding­an, cuma ketika

pertanding­an mungkin terdapat perubahan sebanyak 30 peratus khususnya dari segi dimensi dan aspek lain.

“Gambar rajah untuk tiga modul itu sudah diberikan dan latihan dibuat berdasarka­n topik yang disediakan, cuma perubahan pada rekabentuk akan dibuat pada masa pertanding­an,” katanya.

Menurutnya, antara kriteria penilaian pertanding­an termasukla­h ukuran, jajaran, kekemasan, ketepatan, elemen keselamata­n dan banyak lagi.

Katanya, kriteria pemilihan calon pertanding­an World Skills dilihat dari segi umur, disiplin, komitmen, seni kerja halus dan kemahiran.

“Sebelum ini seramai sembilan orang peserta dicalonkan untuk pertanding­an itu, proses saringan dilakukan dan Marinsun dipilih untuk ke peringkat akhir.

“Selepas itu dia sekali lagi telah dinilai sebelum melayakkan diri ke pertanding­an peringkat antarabang­sa itu,” katanya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi ABM (Wilayah Sabah), Tadzul Radim berkata, pasukan Malaysia mempunyai dua peserta dalam pertanding­an itu, masing-masing dari Sabah dan Johor.

Katanya, sekiranya salah satu peserta itu berjaya mendapatpi­ngatemas,kerajaan Malaysia akan memberikan sejumlah RM100,000 sebagai hadiah kemenangan. Bagaimanap­un, ianya tidak termasuk hadiah kemenangan dari pertanding­an di Abu Dhabi.

“Kita di sini berjaya melahirkan peserta berkemahir­an dan berpotensi tinggi untuk mewakili negara dalam pertanding­an seumpamany­a. Pada tahun-tahun sebelum ini kita mencapai kejayaan mendapat Perak dan Sijil Pencapaian pada pertanding­an kemahiran Asean 2012 di Jakarta Indonesia dan 2014 di Hanoi Vietnam.

“Kita juga berjaya berjaya mendapatka­n Sijil Pencapaian di World Skills yang diadakan di Leipzeg Jerman pada tahun 2013.

“Saya berharap, beliau dapat mencipta kejayaan dalam pertanding­an itu dengan membawa balik emas, perak atau gangsa,” katanya.

Katanya, sekiranya berjaya menjadi johan pada pertanding­an itu, maka ianya menjadi rekod pertama di negara ini dengan pencapaian sedemikian.

Turut hadir di Pejabat ABM Wilayah Sabah ialah Ketua Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Pengurus Besar Kanan Sektor Pembanguna­n Personel & Kontraktor CIDB Mohd Nazli Ahmad Mahyadin.

 ??  ?? (dari kiri) JASNI, Tadzul, Marinsun, Ahmad dan Nazli merakamkan gambar kenangan.
(dari kiri) JASNI, Tadzul, Marinsun, Ahmad dan Nazli merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? MARINSUN menunjukka­n tanda bagus sebagai simbolik keyakinan pada pertanding­an itu.
MARINSUN menunjukka­n tanda bagus sebagai simbolik keyakinan pada pertanding­an itu.
 ??  ?? JASNI (kiri) menunjukka­n salah satu modul yang akan dilakukan pada pertanding­an nanti sambil disaksikan oleh Marinsun. MARINSUN menunjukka­n latihan-latihan yang dilakukan.
JASNI (kiri) menunjukka­n salah satu modul yang akan dilakukan pada pertanding­an nanti sambil disaksikan oleh Marinsun. MARINSUN menunjukka­n latihan-latihan yang dilakukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia