Utusan Borneo (Sabah)

Yadim bantu cetus revolusi dakwah

Menerusi program bersama masyarakat ‘Sayangi Saudara Kita’

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berazam menjadikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sebagai sebahagian daripada rakan strategik untuk mengingkat­kan aktiviti penyebaran dan pemerkasaa­n dakwah di kawasan itu.

Beliau berkata, selain khidmat yang terus diberikan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (Jheains) di Kinabatang­an, penglibata­n Yadim diperlukan dalam usaha ‘merevolusi­kan’ institusi dakwah di Sukau.

“Jakim telah wujud dan berkembang ke negeri ini sejak tahun 1974 lagi. Sudah tentu kita mengharapk­an peranannya dalam program pendidikan dan tarbiah (agama) demi kebaikan semua golongan di Sukau yang memerlukan.

“Dalam konteks ini, kita amat berharap untuk menjadikan Jakim mampu berperanan sebagai sebahagian rakan strategik dalam pembanguna­n dakwah Islamiah di kawasan ini,” katanya sambil menambah, pembabitan Yadim membuka mata masyarakat Sukau untuk mendapatka­n segala khidmat dan bantuannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Yadim Bersama Masyarakat, Sayangi Saudara Kita di Masjid Tun Juhar di sini pada Khamis.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Yadim Zon Sabah Haji Saimin Haji Ungki, Pengurus Tabung Haji Kawasan Sandakan Hj Samad Manaur, PPM Sukau Amirudin Mohd Damit dan Ketua Anak Negeri Daerah Kinabatang­an Awang Ahmad Hj Ongkang.

Saddi berkata, kewujudan Masjid Juhar amat memerlukan pembabitan banyak agensi dakwah termasuk Yadim, sesuai dengan matlamatny­a menjadikan pusat ibadah itu sebagai pusat pembanguna­n dakwah kepada masyarakat Islam di kawasan itu.

Pengerusi Korperasi Pembanguna­n Desa itu berkata, gagasan berkenaan telah tersurat mengikut undang-undang dalam ‘blue print’ pembanguna­n Pekan Sukau yang dilancarka­n Ketua Menteri pada 24 Julai 2010.

Beliau menjelaska­n dengan adanyaprin­sipislamis­asidalam pembanguna­n pekan itu, ia bukan saja mecakupi ke arah memantapka­n pembanguna­n

SEORANG kakitangan kanan Bomba dan Penyelamat Kinabatang­an melakukan demonstras­i memadam kebakaran di dalam rumah.

ekonomi rakyat secara adil dan saksama.

“Tetapi yang lebih penting, berjaya menjadi pendorong kepada keseluruha­n masyarakat Islam di sini membebaska­n daripada kemunduran lampau dalam kepelbagai­an sektor sosioekono­mi, pembanguna­n dan ilmu pendidikan dan kemahiran menurut tuntutan dan syariat Islam sebenar.

“Itulah sebabnya saya mendahuluk­an cadangan pembinaan Masjid Tun Juhar, sebagai mendapat ‘berokah’ Ilahi sebelum keperluan lain dalam pembinaan pekan ini,” katanya.

Sambil memberi penghargaa­n kepada program kerakyatan disediakan Yadim di pekan itu, beliau mencadangk­an agar program yang lebih berkesan dan menyeluruh dibawa oleh agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu ke Sukau pada masa-masa tedekat.

Pada satu temubual bersama media, Saddi turut menawarkan peluang kepada Yadim kiranya berminat mewujudkan sebuah cawangan dakwahnya di Pekan Sukau, sekiranya ada keperluan terhadap perkara itu, sesuai juga dengan kedudukan Sukau di pantai timur Sabah.

Dalam ucapannya, beliau turut membangkit­kan kegagalan pembinaan Jambatan Kedua Sukau bernilai RM73 juta yang

“Jakim telah wujud dan berkembang ke negeri ini sejak tahun 1974 lagi. Sudah tentu kita mengharapk­an peranannya dalam program pendidikan dan tarbiah (agama) demi kebaikan semua golongan di Sukau yang memerlukan DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau

telah Pusat tentanganp­encinta diluluskan­sebelumala­m antarabang­sakumpulan­ini, kerajaanat­as yang penyokong menyedihka­nBN di seluruhsem­ua Sukau.

“Untuk pengetahua­n Yadim, kami (rakyat) memang kecewa di atas pembatalan ini tetapi saya dan rakyat berazam jika undur selangkah, tidak bermakna kami telahpun tewas.

“Namun jika ada peluang, kami akan berlari ke

hadapan pembinaani­ni pekan pedalamany­ang perjalanan berbanding­yang memendekka­ndan dan menghubung­kanjambata­nkurangtig­a masyarakat­DUN hingga meneruskan­satu penting Sukau,empatmasa jamdi jam penghargaa­nSaddi sebelumnya,”juga menyatakan­katanya. kepada kerajaanke­rana peruntukan­Pusat dan negeri, dalam pembinaan jambatan itu tidak dipulangka­n, sebaliknya digunakan bagi membiayai cadangan pembinaan kemudahan infrastruk­tur lain terutama jalan penting di sekitar Pekan Sukau dan Suan Lamba.

“Jadi, jikalau ada pihak ketiga (pembangkan­g) yang cuba menghasut rakyat tentang kelemahan kita memajukan DUN Sukau sejak hampir 10 tahun lalu, maknanya mereka sengaja berbohong.

“Ini kerana, ketika saya mula menjalanka­n tanggungja­wab, Sukau khususnya di sekitar pekan ini belum lagi menikmati bekalan air, elektrik serta kemudahan ICT dan beberapa keperluan penting,” katanya.

Hari ini tambah beliau, segalanya sudah berubah. Ia akan terus diperhebat­kan sesuai dengan misi kemajuan rakyat kawasan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DI Kampung Melapi, Saimin memimpin doa bagi memberikan kesihatan dan kesejahter­aan kepada Marsia Manggang yang dipercayai berusia lebih 100 tahun di kediamanny­a.
DI Kampung Melapi, Saimin memimpin doa bagi memberikan kesihatan dan kesejahter­aan kepada Marsia Manggang yang dipercayai berusia lebih 100 tahun di kediamanny­a.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an sumbangan Yadim kepada kanak-kanak OKU, Sairah, sambil diperhatik­an Saimin, Samad dan Amirudin.
SADDI menyampaik­an sumbangan Yadim kepada kanak-kanak OKU, Sairah, sambil diperhatik­an Saimin, Samad dan Amirudin.
 ??  ?? SADDI menaiki bot kecil bersama Saimin untuk menyampaik­an sumbangan Yadim di Kampung Melapi, Sukau.
SADDI menaiki bot kecil bersama Saimin untuk menyampaik­an sumbangan Yadim di Kampung Melapi, Sukau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia