Utusan Borneo (Sabah)

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa di Mexico

-

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia yang terjejas dengan gempa bumi bermagnitu­d 8.2 di pantai Negeri Chiapas, 750 kilometer tenggara Bandaraya Mexico pada Khamis.

Kedutaan Malaysia di Mexico berkata ia telah menghubung­i semua rakyat Malaysia yang menetap di Mexico selepas gempa berlaku.

“Mereka semua berada dalam keadaan selamat. Tiada yang tinggal di sekitar atau berdekatan kawasan terjejas,” kata kedutaan dalam satu kenyataan.

Gempa berlaku sejurus sebelum tengah malam waktu tempatan yang melanda pantai selatan dengan pusat gempa 133 kilometer (km) di barat daya bandar Pijijiapan, Chiapas pada kedalaman 58 km.

Dilaporkan berlaku 928 gempa susulan di seluruh Mexico.

Presiden Enrique Peña Nieto telah mengumumka­n tiga hari berkabung dan mengarahka­n agensi negeri dan persekutua­n memberi bantuan kepada mereka yang terbabit.

Kedutaan Malaysia berkata ia sedang memantau keadaan dan sentiasa menghubung­i pihak berkuasa tempatan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia