Utusan Borneo (Sabah)

Sukau berpotensi membangun berkonsepk­an syariah

-

SUKAU: Program pembanguna­n dakwah dan sosioekono­mi masyarakat berkonsepk­an syariah mampu diperhebat­kan di sini jika rakyat terus menyokong perjuangan Adun Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

PengarahYa­yasanDakwa­h Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah Haji Samin Haji Ungki optimis prinsip itu mampu seiring dengan matlamat pemodenan infrastruk­tur dan pewujudan pusat pentadbira­n baharu kerajaan yang bakal dibawa ke Pekan Sukau, sejak dicetuskan pemimpin itu pada 2008.

“Saya memang optimis dengan perancanga­n Datuk Saddi untuk mewujudkan pelbagaipe­rubahanter­masuk pusat pentadbira­n baharu Sukau kerana saya mengikuti perkembang­an kawasan ini yang sudahpun berubah sepenuhnya berbanding sebelumnya,” katanya.

Beliaumeny­atakanperk­ara itu ketika berucap di Majlis Program Yadim Bersama Masyarakat, Sayangi Saudara kita’ di Ruang Legar Masjid Tun Juhar, Pekan Sukau pada Khamis.

Samin berkata, Yadim sentiasa sedia memberikan sepenuh kerjasama kepada wakil rakyat itu terutama dalam sasarannya memantapka­n pembanguna­n dakwah islamiah di kawasan itu, selaras gagasan blue print pembanguna­n jangka panjang Pekan Sukau, Bandar Biodiversi­ti.

Langkah ‘merevolusi dakwah’ itu amat strategik dengan kedudukan Sukau sebagai destinasi pelanconga­n yang dikenali di merata dunia.

Menurutnya, kedudukan Masjid Tun Juhar yang begitu strategik dan amat cantik pernah terdapat di luar bandar di negeri ini, amat sesuai dengan gagasan memperkasa­kan institusi dakwah, dalam kedudukan pendudukny­a yang 100 peratus beragama Islam.

“Keindahan masjid dan sikap ramah tamah rakyat juga yang sebati dengan para pelancong, sememangny­a menarik minat orang asing dari pelbagai bangsa di dunia, yang terus berkunjung melihat keindahan flora dan fauna yang terdapat di Sukau,” katanya.

Katany a, ilham pembanguna­n yang dicetuskan wakil rakyat Sukau itu mampu diekspolit­asi bukan saja dalam menjayakan pembanguna­n ummah dan syiar Islam, tetapi masa depan rakyat di bawah pemerintah­an yang ada sekarang.

“Saya bukan cakap politik tetapi saya menghargai peranan Datuk Saddi. Beliau bukan saja disukai rakyat, tetapimere­kasemakink­agum dengan prinsip, wibawa serta usaha membangunk­an Sukau secara ‘realistik’.

“Saya masuk lebih awal ke sini kelmarin tanpa memperkena­lkan diri, saya melakukan siasatan peribadi terhadap latarbelak­ang kepimpinan­nya (Saddi).

“Rata-rata penduduk benar-benar menyukai prinsip dan keprihatin­annya mendekati rakyat,” katanya.

 ??  ?? MEMBERIKAN sumbangan kepada Haji bakar Safiudin, pesakit lumpuh separuh badan.
MEMBERIKAN sumbangan kepada Haji bakar Safiudin, pesakit lumpuh separuh badan.
 ??  ?? SAIMIN Ungki memberikan ucapan.
SAIMIN Ungki memberikan ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia