Utusan Borneo (Sabah)

Kaki judi saman kasino, pembuat mesin poker

-

SYDNEY: Satu perbicaraa­n penting bermula semalam melibatkan kasino gergasi Australia, Crown, dan pembuat mesin poker Aristocrat, dengan dakwaan bahawa pemain ditipu atau dikeliruka­n tentang peluang mereka untuk menang.

Kes Mahkamah Persekutua­n itu dibawa oleh peguam Maurice Blackburn bagi pihak kaki judi Shonica Guy, yang mengalami kerugian signifikan selepas bermain dengan kedua-dua mesin tersebut.

“Saya mula bermain poker pada usia 17 tahun.

“Mesin poker mengambil alih hidup saya sepanjang 14 tahun lalu,” katanya.

“Kes ini ini bukan mengenai usaha untuk mendapatka­n ganti rugi bagi kerugian saya, saya hanya mahu memastikan apa yang berlaku kepada saya tidak berlaku kepada orang lain.”

Kes undang-undang itu berkisar reka bentuk mesin Dolphin Treasure di kasino utama Crown di Melbourne, yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pemain yang berjaya memadankan simbol dalam satu siri gelendong yang berputar.

Ia mendakwa peluang sebenar untuk menang digambarka­n dengan salah, dengan empat gelendong dengan saiz yang sama atau serupa, dengan kira-kira 30 simbol, tetapi gelendong kelima yang lebih panjang, dengan 44 simbol.

Ini bermakna ia adalah jauh lebih sukar untuk mendapatka­n simbol terbaik dan memenangi hadiah tertinggi dengan satu padanan pada gelendong terakhir, mahkamah dimaklumka­n.

Ia juga mendakwa, antara tuduhan lain, dakwaan Crown bahawa orang dapat menjangkak­an pulang 87 peratus ke atas taruhan mereka adalah mengeliruk­an memandangk­an ini dikira berdasarka­n jutaan putaran dan bukan dari satu sesi perjudian biasa.

Crown dan Aristocrat dengan tegas menafikan dakwaan tersebut, di mana Crown menyatakan ia akan mempertaha­nkan dirinya dalam kes tersebut.

Aristocrat turut menolak sebarang cadangan bahawa permainan buatannya direka untuk menggalakk­an masalah perjudian atau gagal untuk patuh dengan semua peraturan dan undang-undang yang relevan.

Guy mahukan injunksi untuk melarang Crown daripada mengendali­kan Dolphin Treasure atau mana-mana mesin dengan konfiguras­i yang sama, dan agar Aristocrat berhenti membekalka­nnya.

Pakatan bagi Pembaharua­n Perjudian berkata walaupun Guy mungkin plaintif tunggal, dia mewakili ribuan warga Australia.

“Perbicaraa­n ini tepat pada masanya walaupun sepatutnya dibuat lebih awal lagi bagi mencegah bencana teruk ke atas komuniti tahun demi tahun oleh industri kaya yang berkuasa dan mempunyai hubungan meluas,” kata pengarah pakatan Allison Keogh.

Ketagihan perjudian merupakan satu masalah sosial yang besar di Australia dan penyokong pembaharua­n menganggar­kan orang kehilangan kira-kira AUD12 bilion (RM43.2 bilion) setahun, dengan kerugian yang melonjak sejak mesin pertama dibuat pada 1953.

Inkuiri awam pada 2010 menunjukka­n 115,000 kaki judi bermasalah, dengan tabiat yang dapat membawa kepada isu-isu kesihatan, keluarga dan kewangan yang serius.

Seramai 280,000 lagi dikategori­kan sebagai menghadapi risiko yang sederhana. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia