Utusan Borneo (Sabah)

Sukan lahir masyarakat cerdas

Kejohanan Bola Tampar Tertutup Papar dan Jemputan 2017 sukses

-

PAPAR: Ketua Bahagian Umno Papar Datuk Seri Panglima (DSP) Hj. Abdul Rahim Ismail berkata, bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan modal insan yang cerdas dari segi fizikal dan mental sekaligus menjadi modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Menurut beliau, menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal dan emosi, sukan seperti bola tampar ini juga mampu membentuk seorang atlet yang patuh dengan peraturan.

“Secara tidak langsung, ianya membentuk seorang pemain yang berhemah tinggi, bertanggun­gjawab, berdisipli­n dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Bola Tampar Tertutup Papar dan Jemputan 2017 bertempat di Gelanggang Bola Tampar Pekan Papar anjuran bersama Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sabah, Pejabat Daerah Papar dan Papar Volleyball United Club (PAVUC) di sini.

Menurut beliau, aktiviti seumpama ini juga akan dapat melahirkan masyarakat yang berani menghadapi cabaran dalam segala kehidupan mereka.

“Justeru dalam konteks ini, langkah yang diambil oleh pihak penganjur dengan menganjurk­an kejohanan bola tampar seumpama ini perlu diberi

pujian,” jelasnya.

Sebanyak 9 pasukan bagi kategori lelaki dan 8 pasukan kategori wanita telah mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari ini yang mana semua pemenang menerima hadiah berupa piala, medal dan wang tunai.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Papar Ag.ku Raimi Pg.Abd.Rahman, Pegawai KKBS Papar Hj.Sulaiman Ahmad, Pengerusi (PAVUC) Mohd Mazin Daud, Timbalan Pengerusi PAVUC merangkap pengerusi penganjur Nur Ashiqin M. Abdullah, Ketua Pergerakan Puteri Umno Papar Fahzean Hj. Mohiddin, para peserta dan masyarakat setempat.

 ??  ?? MOHD Mazin (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Rahim.
MOHD Mazin (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Rahim.
 ??  ?? PASUKAN Jakaudiki merakamkan gambar bersama hadiah kemenangan selaku juara kategori lelaki.
PASUKAN Jakaudiki merakamkan gambar bersama hadiah kemenangan selaku juara kategori lelaki.
 ??  ?? BARISAN pengadil kejohanan merakamkan kenangan bersama Rahim.
BARISAN pengadil kejohanan merakamkan kenangan bersama Rahim.
 ??  ?? RAHIM bersama sebahagian pasukan wanita yang mengambil bahagian. Kelihatan Fahzean (enam kiri).
RAHIM bersama sebahagian pasukan wanita yang mengambil bahagian. Kelihatan Fahzean (enam kiri).
 ??  ?? RAHIM bersedia untuk memukul bolatampar sebagai simbolik perasmian.
RAHIM bersedia untuk memukul bolatampar sebagai simbolik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia