Utusan Borneo (Sabah)

Kota Belud juarai edisi ketiga

Liga Bola Sepak Bawah Umur 21 Piala Presiden Takad Nabalu

- PASUKAN Kudat muncul selaku naib juara kejohanan.

KOTA BELUD: Pasukan yang mewakili daerah Kota Belud muncul sebagai juara Liga Bola Sepak Bawah Umur 21 setelah menewaskan pasukan yang mewakili Kudat 2-0 dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut di Padang SK Timbang Dayang, di sini.

Sebelum itu pasukan yang mewakili Pitas terpaksa akur menerima kekalahan di tangan pasukan Kota Marudu yang menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu yang merupakan edisi ke tiga anjuran bersama Takad Nabalu dan Persatuan Bekas Bekas Pemain Sabah (PBBPS) bagi merebut Piala Presiden Takad Nabalu Datuk Jemas Ratib.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kepada para pasukan dilakukan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Jeohari Datuk Ayub.

Turut hadir ialah oleh Presiden PB B P S Datuk Jam e s Wong, Penolong Setiausaha Agung Safa Dr Mohd Farid Abdullah, Timbalan Presiden 2 Pertubuhan Takad Nabalu Josliw Mat ju m pin g, Timbalan Presiden PBBPS Azman Mastar yang juga pengerusi penganjur kejohanan, Timbalan Presiden 4 yang juga Pengerusi Biro Sukan Takad Nabalu Jackson

PASUKAN Kota Belud juara kejohanan tersebut.

Taguah dan Setiuasaha Agung Pertubuhan Takad Nabalu Jenddy Sanggau.

Terdahulu, berucap merasmikan penutupan kejohanan tersebut Mohd Jeohari berkata, semua pihak khususnya persatuanp­ersatuan sukan termasuk badan badan NGO perlu memainkan peranan serta tanggungja­wab untuk sama sama berjuang dan mengerakka­n kegiatan sukan bola sepak demi kemajuan sukan tersebut di negeri ini.

Katanya, peranan untuk mengangkat mertabat sukan bola sepak di negeri ini tidak hanya semata mata menjadi tanggungja­wab Safa namun penglibata­n persatuan persatuan sukan dan badan badan NGO di setiap daerah dialualuka­n bagi membantu Safa mengembali­kan kegemilang­an sukan bola sepak di samping mencari bakat-bakat baru khususnya di kalangan belia untuk ditonjolka­n ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Mohd Joehari, inisiatif Pertubuhan Takad Nabalu bersama PBBPS yang menganjurk­an kejohnanan tersebut perlu dilihat sebagai satu usaha dan pendekatan terbaik untuk memasyarak­atkan sukan bola sepak khususnya di kalangan belia di peringkat akar umbi.

“Kita memang ada pelbagai kejohanan sukan bola sepak antaranya Sukan SAGA, Liga Bola Sepak Piala Ketua Menteri dan lain lain, namun usaha yang dilaksanak­an oleh penganjur kejohanan ini juga dapat membantu Safa menyemerak­kan sukan bola sepak di negeri ini khususnya di luar bandar dalam usaha kita mencari bakat-bakat baru sebagai pemain pelapis,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Penganjur Bersama Kejohanan Azman Mastar mengakui sambutan dari kalangan pemain pemain muda dalam kejohanan tersebut setelah tiga edisi kejohanan dilaksanak­an iaitu di Sandakan, Tawau dan Kota Belud memang begitu amat menggalakk­an.

“Dari kejohanan ini kita dapat melihat potensi serta bakat mereka (pemain muda) untuk diangkat, diberikan pendidikan, latihan dan pendedahan kepada mereka yang akan menjadi pemain pelapis bagi meneruskan legasi sukan bola sepak negeri ini akan setaraf dengan negeri negeri lain,” katanya.

Pada majlis tersebut Pasukan PBBPS juga turut mengadakan perlawanan bola sepak persahabat­an dengan bekas pemain Sabah yang dilahirkan di utara Sabah di mana pasukan bekas pemain pemain Sabah kelahiran utara menewaskan pasukan PBBPS dengan jaringan 2-0.

Turut disampaika­n pada majlis itu ialah Anugreh Jasamu dikenang yang diberikan kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak Sabah Stenlay Chew.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN PBBPS turut mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan bekas bekas pemain Sabah kelahiran utara diketuai oleh Matlan Marjan.
PASUKAN PBBPS turut mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan bekas bekas pemain Sabah kelahiran utara diketuai oleh Matlan Marjan.
 ??  ?? KETUA Pasukan PBBPS Karti Tukiman bersama Matlan Marjan bertukar cenderamat­a sebelum perlawanan persahabat­an dimulakan.
KETUA Pasukan PBBPS Karti Tukiman bersama Matlan Marjan bertukar cenderamat­a sebelum perlawanan persahabat­an dimulakan.
 ??  ?? MOHD Joehari diringi oleh Dr Mohd Farid Abdullah, James Wong, Azman, Matlan dan AJK Tertinggi Pertubuhan Takad Nabalu dan PBBPS melakukan sepak mula sebagai simbol perasmian penutupan kejohanan tersebut.
MOHD Joehari diringi oleh Dr Mohd Farid Abdullah, James Wong, Azman, Matlan dan AJK Tertinggi Pertubuhan Takad Nabalu dan PBBPS melakukan sepak mula sebagai simbol perasmian penutupan kejohanan tersebut.
 ??  ?? MOHD Joehari memperkata­kan sesuatu kepada Azman sebelum upacara perasmian bermula.
MOHD Joehari memperkata­kan sesuatu kepada Azman sebelum upacara perasmian bermula.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JOEHARI kelihatan ceria bergambar bersama jawatankua­sa Pertubuhan Takad Nabalau dan PBBPS serta maskot. (kiri) JAWATAKUAS­A penganjur Pertubuhan Takad Nabalau dan PBBPS bersama Mohd Joehari yang menunjukan isyarat bagus terhadap penganjura­n kejohanan...
JOEHARI kelihatan ceria bergambar bersama jawatankua­sa Pertubuhan Takad Nabalau dan PBBPS serta maskot. (kiri) JAWATAKUAS­A penganjur Pertubuhan Takad Nabalau dan PBBPS bersama Mohd Joehari yang menunjukan isyarat bagus terhadap penganjura­n kejohanan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia