Utusan Borneo (Sabah)

Misi hapuskan badi 12 tahun

Sukan Para ASEAN KL07

-

KUALA LUMPUR: Mengutip lima pingat perak dalam lima edisi Sukan Para ASEAN sejak tahun 2005, membuatkan pasukan goalball lelaki kebangsaan bertekad mahu mengakhiri badi 12 tahun itu di bumi sendiri.

Lebih perit, kelima-lima harapan untuk memenangi pingat emas sebelum ini dimusnahka­n oleh seteru utama pasukan kebangsaan, Thailand.

Bagi memastikan skuad negara tidak berputih mata di halaman sendiri, pengurus pasukan, Datuk Kamarudin Hassan berkata pasukannya telah memulakan persiapan sejak bulan Julai yang lalu.

Menurut beliau, sebagai pasukantua­nrumahSuka­nPara ASEAN kesembilan, mereka telah melakukan persiapan yang rapi agar mampu memberi keputusan yang cemerlang dan menunjukka­n persembaha­n yang terbaik untuk para penyokong tempatan.

“Persiapan meliputi menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan China di Hangzhou, dua bulan lepas.

“Di samping itu, kami juga mengadakan perlawanan persahabat­an bersama China yang merupakan pasukan di ranking keempat dunia dan ia merupakan pengalaman yang berharga buat para pemain,” katanya pada sidang media program Kita Juara di sini kelmarin.

Sementara itu, pasukan goalball kebangsaan turut memperkena­lkan skuad wanita yang akan beraksi di Sukan Para ASEAN nanti dan ia merupakan pertama kali kontinjen negara menghantar wakil bagi kategori wanita.

Kamarudinb­erkataseba­nyak 12 pemain iaitu enam lelaki dan enam wanita akan membawa cabaran negara dalam temasya dwitahunan itu.

Menurut beliau lagi, semua barisan pemain dan jurulatih berasa yakin untuk menghadirk­an pingat emas bagi kategori lelaki serta menamatkan penantian selama 12 tahun acara itu manakala bagi kategori wanita hanya menyasarka­n sekurangku­rangnya pingat gangsa.

Pasukan goalball akan memulakan aksi pada 17 hingga 23 Sept ini bertempat di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Goalball merupakan sukan berpasukan yang direka khusus untuk atlet buta. Setiap pasukan terdiri daripada tiga pemain yang akan membuat percubaan membaling bola yang mempunyai loceng di dalamnya ke dalam gol pihak lawan.

Pasukan akan bersilih ganti membaling atau mengguling­kan bola dari satu hujung kawasan permainan

“Persiapan meliputi menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan China di ” Hangzhou, dua bulan lepas.

DATUK KAMARUDIN HASSAN Pengurus pasukan

ke hujung yang lagi satu dan para pemain kekal di dalam kawasan gol mereka sendiri ketika pertahanan dan juga serangan.

Pemain perlu mendengar bunyi loceng untuk memastikan kedudukan dan pergerakan bola. Perlawanan terdiri daripada dua separuh masa selama 12 minit. Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? KAMARUDIN (kiri) bergambar bersama atlet goalball Para ASEAN Siti Hajar Hasan (dua, kiri) dan Muhammad Haiqal Azani Azman (tiga, kiri) selepas sidang media Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 Dalam Acara Goalball kelmarin. Turut hadir Jurulatih Goalball...
-Gambar Bernama KAMARUDIN (kiri) bergambar bersama atlet goalball Para ASEAN Siti Hajar Hasan (dua, kiri) dan Muhammad Haiqal Azani Azman (tiga, kiri) selepas sidang media Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 Dalam Acara Goalball kelmarin. Turut hadir Jurulatih Goalball...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia