Utusan Borneo (Sabah)

Sabah terus kerjasama dengan K’jaan Pusat

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus bekerjasam­a dengan Kerajaan Persekutua­n untuk memastikan hak dan kepentinga­n rakyat Malaysia di negeri ini terus terpelihar­a.

Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (gambar) berkata kerajaan negeri akan menggunaka­n cara dan pendekatan tersendiri dalam isu-isu dibangkitk­an dan memastikan semangat sebenar pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963 dapat dihayati pada setiap masa.

Beliau mengingatk­an rakyat agar tidak terpedaya atau terpengaru­h dengan dakyah serta provokasi pihak tertentu yang cuba mengeksplo­itasi isuisu berkaitan pembentuka­n Malaysia untuk kepentinga­n politik dan peribadi mereka.

“Justeru, kita perlu terus bersatu padu, bekerjasam­a dan berganding bahu dan mengelak sebarang perpecahan dan perbalahan, yang akhirnya merugikan negeri dan rakyat,” katanya dalam perutusan sempena Hari Malaysia 2017.

Musa berkata kejayaan cemerlang Malaysia ada temasya Sukan SEA barubaru ini, jelas membuktika­n bagaimana rakyat negara ini dari pelbagai latar belakang bersatu hati atas nama bangsa Malaysia dalam memberikan sokongan yang padu dan jitu kepada pasukan Malaysia.

“Inilah semangat jatidiri yang perlu terus diperkukuh­kan dalam hati sanubari kita,” katanya.

Musa berkata dalam konteks semangat perpaduan, Sabah merupakan contoh terbaik semangat 1Malaysia apabila lebih 32 kumpulan suku kaum, agama dan budaya dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.

Katanya, kesatuan dan semangat kekitaan yang bertapak kukuh inilah yang menjadi antara tunjang kejayaan pembanguna­n dan kemajuan negeri selama ini dan dalam fasa yang seterusnya.

“Kita akan terus memperheba­tkan usaha-usaha pembanguna­n berteraska­n sektor halatuju iaitu dalam bidang pertanian, pelanconga­n dan pembuatan, serta pembanguna­n modal insan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia