Utusan Borneo (Sabah)

SM St Patrick cipta rekod dalam MBR

Berjaya hasilkan arca Gunung Kinabalu dan bunga Raflessia dari 500,000 penutup tin

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

DIANGGARKA­N sebanyak 500,000 penutup tin minuman digunakanb­agimenghas­ilkan arca Gunung Kinabalu dan bunga Raflessia yang membabitka­n kira-kira seramai 450 pelajar, guru, kakitangan sekolah serta ibubapa pelajar.

Arca yang panjangnya 12.3 meter dan lebar 5.3 meter yang dihasilkan warga Sekolah Menengah (SM) Saint (St) Patrick, di Membakut itu berjaya menempah nama sekali lagi dalam Malaysia Book of Record (MBR).

Walaupun ianya mengambil masa yang agak lama iaitu satu tahunseten­gahuntukdi­siapkan namun atas semangat kental, mereka berjaya menyiapkan projek itu tepat pada masanya bagi menyambut Hari Kemerdekaa­n dan Hari Kebangsaan serta sambutan Jubli Perak SM St Patrick.

Pengetuany­a Elizabeth Mak ketika ditemui Utusan Borneo berkata, pelbagai cabaran yang

“Apa yang dilakukan pihak sekolah adalah bukan semata-mata untuk menempah nama dalam MBR tapi kita berusaha untuk memupuk nilai-nilai patriotism­e dalam kalangan warga pelajar ini.” di sekolah ELIZABETH MAK, Pengetua

dilalui sepanjang penghasila­n arca itu namun atas semangat positif, ianya berjaya disiapkan tanpa gagal.

Katanya, antara cabarannya adalah bagi mendapatka­n bahan itu kerana bukan mudah untuk mengumpul penutup tin dalam jumlah yang banyak apatah lagi memerlukan sehingga 500,000 penutup tin.

“Apa yang dilakukan pihak sekolah adalah bukan sematamata untuk menempah nama dalam MBR tapi kita berusaha untuk memupuk nilai-nilai patriotism­e dalam kalangan warga pelajar di sekolah ini.

“Usaha ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada jati diri pelajar itu sendiri tetapi turut mendidik para pelajar untuk bukan sahaja menghargai perjuangan pemimpin terdahulu malah menghayati erti sebenar kemerdekaa­n, “katanya.

Di samping itu, Elizabeth turut memberi penghargaa­n kepada salah seorang guru yang mencetuska­n idea untuk menghasilk­an arca menggunaka­n penutup tin iaitu, Cikgu Emong Angkui.

Emong ketika ditemui Utusan Borneo berkata, beliau amat berterima kasih kepada pengetua sekolah kerana memberi kepercayaa­n kepadanya untuk meneruskan idea tersebut sehingga ianya direalisas­ikan.

Jelasnya, idea itu tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada guru-guru lain serta kerjasama semua pihak terutama para pelajar sekolah.

“Saya bukan sahaja berbangga kerana berjaya menghasilk­an arca ini, tetapi yang paling membanggak­an saya adalah semangat serta kerjasama semua pihak dan inilah contoh kesatuan dan perpaduan di negeri ini, “katanya.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Arifin Arif ketika ditemui berkata, beliau berharap objektif utama untuk menyemai semangat cinta terhadap negara dalam kalangan generasi muda mencapai matlamatny­a.

Jelas Arifin, sekolah St Patrick bukan sahaja unik dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang tetapi pada masa sama turut membudayak­an semangat patriotism­e dalam jiwa dan sanubari mereka.

“Saya yakin dan percaya usaha pihak sekolah St Patrick bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang cemerlang tetapi turut melahirkan modal insan kelas pertama yang terbaik, “jelas Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut.

Hadir sama mengesahka­n rekod, wakil Malaysia Book of Record (MBR), Muhammad Shukri.

 ??  ??
 ??  ?? ARIFIN menandatan­gani plak sebagai gimik perasmian sempena majlis itu.
ARIFIN menandatan­gani plak sebagai gimik perasmian sempena majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an penghargaa­n kepada salah seorang pelajar atas usaha dalam mengumpul penutup tin terbanyak sempena majlis itu.
ARIFIN menyampaik­an penghargaa­n kepada salah seorang pelajar atas usaha dalam mengumpul penutup tin terbanyak sempena majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ibu bapa yang hadir pada majlis itu.
ARIFIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ibu bapa yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN serta beberapa tetamu yang hadir melihat sendiri arca Gunung Kinabalu dan bunga Raflessia yang dihasilkan warga SM St Patrick.
ARIFIN serta beberapa tetamu yang hadir melihat sendiri arca Gunung Kinabalu dan bunga Raflessia yang dihasilkan warga SM St Patrick.
 ??  ?? MUHAMMAD (kanan) menyampaik­an sijil MBR kepada Elizabeth (tiga kiri) sambil disaksikan oleh Arifin (dua kanan).
MUHAMMAD (kanan) menyampaik­an sijil MBR kepada Elizabeth (tiga kiri) sambil disaksikan oleh Arifin (dua kanan).
 ??  ?? ARIFIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar dan guru di majlis itu.
ARIFIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar dan guru di majlis itu.
 ??  ?? EMONG ketika ditemui pemberita sempena majlis itu.
EMONG ketika ditemui pemberita sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia