Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan RM5.1j diagih, rangkumi tujuh jenis bantuan

Merangkumi tujuh jenis bantuan, tingkatkan taraf hidup nelayan, peladang dan penternak

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Sejumlah RM5.1 juta diagihkan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas kepada masyarakat nelayan, petani, penternak dan usahawan desa di daerah ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata jumlah itu melibatkan tujuh jenis bantuan daripada beberapa agensi di bawah kementeria­n terbabit. melibatkan sejumlah 1,295 orang penerima.

Beliau menyempurn­akan penyerahan bantuan itu kepada 1,295 penerima pada Majlis Jalinan Tani Daerah Beluran, di Dewan Masyarakat di sini petang Jumaat.

Katanya, ia merangkumi bantuan elaun sara hidup nelayan di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berjumlah RM1,947,900 kepada 541 orang penerima.

Selain itu, bantuan peruntukan berjumlah RM1,398,928 di bawah bantuan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n dan Skim Baja Racun Padi Bukit oleh pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut diagihkan kepada 545 orang penerima yang terlibat dengan kegiatan penanaman padi di daerah Beluran.

Pinjaman Tekun pula melibatkan peruntukan RM1,306,500 untuk 123 orang penerima di bawah program Pinjaman Ekonomi Usaha Niaga (Tekun).

Sementara itu, geran In Kind Contributi­on (IKC) Unit Agropreneu­r Muda (UAM) daerah Beluran pula berjumlah RM280,000 diagihkan kepada 17 orang penerima, manakala bantuan untuk Projek Pemulihan Tanaman Buah-buahan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah berjumlah RM207,780 melibatkan 59 orang penerima.

Turut diserahkan ialah Bantuan Infrastruk­tur dan Peralatan Nelayan Kecil daerah Beluran menerusi Jabatan Perikanan Negeri Sabah untuk enam orang penerima membabitka­n peruntukan berjumlah RM56,500, manakala empat orang nelayan menerima bantuan enjin sangkut bernilai RM24,000 di bawah program Touch Point Enjin Sangkut Untuk Nelayan.

Pada majlis itu, Ahmad Shaberytur­utmenyampa­ikan sumbangan berjumlah RM3,750 kepada 13 mangsa bencana alam (angin ribut) dari Kampung Air dan Kampung Seri Menanti, di bawah bantuan bencana alam Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran.

Katanya, kesemua bantuan itu yang berjumlah lebih RM5.1 juta merupakan tanda keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi parti Umno untuk membela nasib rakyat demi membantu meningkatk­an taraf hidup warga nelayan, peladang dan penternak, khasnya di daerah Beluran.

Turut berucap pada majlis itu ialah Wakil Rakyat Dun Sugut Datuk James Ratib yang juga Ketua Bahagian Umno Beluran.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman, TimbalanKe­tua Setiausaha Kementeria­n Pertanian Badrul Hisham Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah LPP Haji Hamzah, Ketua Pengarah LKIM M. Saedon Abd Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun, Dato’ Baharom Embi.

“Bantuan peruntukan berjumlah R M 1,398,928 di bawah bantuan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n dan Skim Baja Racun Padi Bukit oleh pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut diagihkan kepada 545 orang penerima yang terlibat dengan kegiatan Beluran.” penanaman padi di daerah DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

 ??  ?? AHMAD Shabery diiringi Suhaili (kanan), James, Ronald dan Badrul Hisham (dua kanan) menyampaik­an replika cek bantuan pinjaman Tekun (RM1.3 juta) kepada wakil penerima.
AHMAD Shabery diiringi Suhaili (kanan), James, Ronald dan Badrul Hisham (dua kanan) menyampaik­an replika cek bantuan pinjaman Tekun (RM1.3 juta) kepada wakil penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia