Utusan Borneo (Sabah)

Cabul: Penjara 15 bulan ke atas bekas pembantu kantin dikekalkan

- Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat mengekalka­n hukuman penjara 15 bulan dan denda RM4,000 terhadap seorang bekas pembantu kantin sekolah berumur 53 tahun kerana mencabul kehormatan seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun dengan memeluk dan mengucup bibirnya tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengeru­sikan panel tiga hakim menolak rayuan pendakwaan untuk menambah hukuman penjara ke atas Mohd Yunus Hassan.

“Kami dapati hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam membuat keputusan dengan menjatuhi hukuman penjara 15 bulan terhadap responden (Mohd Yunus) kerana kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Mencabul Kehormatan),” katanya.

Bersidang bersama beliau ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Suraya Othman.

Mohd Yunus didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 29 Ogos tahun lepas kerana mencabul kehormatan mangsa di dalam tandas sebuah sekolah dengan memeluk dan mengucup bibirnya pada 18 Nov 2014 kira-kira 3.30 petang. Dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM4,000.

Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mac tahun ini membenarka­n rayuan pendakwaan dan mengenakan hukuman penjara 15 bulan terhadap Mohd Yunus dan mengekalka­n denda RM4,000.

Timbalan Pendakwa Raya Anas Bashari memohon mahkamah supaya menjatuhi hukuman lebih berat ke atas Mohd Yunus, yang berasal dari Kampung Muhibah di Ayer Tawar, oleh kerana kesalahan itu melibatkan seorang kanak-kanak yang mengalami trauma akibat insiden itu.

Beliau berkata kesalahan itu melibatkan gender yang sama.

Katanya Mohd Yunus mengekori mangsa ke dalam tandas dan kanakkanak lelaki itu turut diugut supaya tidak memberitah­u sesiapa pun tentang insiden itu.

Peguam Syahredzan Johan berhujah bahawa Mahkamah TInggi telah mempertimb­angkan semua fakta dalam kes itu dan beliau tidak terkhilaf ketika menjatuhi hukuman penjara 15 bulan terhadap Mohd Yunus.

Beliau berkata tiada sebab bagi Mahkamah Rayuan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia