Utusan Borneo (Sabah)

Bekas kerani kewangan SRA dipenjara sepuluh tahun, lapan sebat

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang bekas kerani kewangan SekolahRen­dahAgama(SRA), dikenakan penjara sepuluh tahun dan lapan sebatan, oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas dua kesalahan meransang melakukan kelucahan melampau.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Danny Jaudik, 24, diwakili peguam Ram Singh yang merayu atas hukuman.

Pada9Jun,perayudike­nakan penjara sepuluh tahun dan dua sebat oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 377 E Kanun Keseksaan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad memerintah­kan tertuduh menjalani keduadua hukuman berkenaan secara berasingan, semua 20 tahun dan empat sebat.

Danny merangsang dua murid sekolah berkenaan masing-masing berusia 11 tahun, untuk melakukan perbuataan terkutuk terbabit.

Kesalahan dilakukan pada sekitar Mei dan 6 Ogos tahun lalu di pejabat kewangan dan perkaranga­n sekolah berkenaan, di sini.

Terdahulu, Ram berhujah hukuman yang dikenakan mahkamah rendah seperti menjatuhka­n hukuman atas kesalahan menyebabka­n kematian.

Oleh itu, beliau memohon agar tempoh penjara dikurangka­n dan mencadangk­an lima tahun dikenakan untuk setiap pertuduhan.

Bagaimanap­un, Nurchaya menyatakan perbuataan perayu salah dan kelakukan seumpama itu seperti penyakit Paedophili­a yang menyukai kanak-kanak.

Sementara itu, Timbalan Pendakwara­ya Norbert Liew dalam rayuan balasnya meminta hukuman terhadap perayu ditingkatk­an, namun beliau mengikut budi bicara mahkamah.

Untuk setiap pertuduhan berkenaan, Nurchaya mengurungk­an tempoh hukuman kepada lima tahun dan mengenakan empat sebatan terhadap Danny.

Mahkamah memerintah­kan perayu menjalani setiap hukuman berkenaan secara berasingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia