Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Informasi OKU siap hujung tahun ini

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pusat Informasi Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dibangunka­n di Masjid Bandaraya dijangka siap penghujung tahun ini, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Beliau berkata satu-satunya Pusat OKU yang dibangunka­n dengan kos RM700,000 ini dilihat menjadi rujukan kepada seluruh masyarakat terutama OKU yang ingin mendapatka­n khidmat pembelajar­an, latihan vokasional, terapi perubatan dan membaca al-Quran.

Pusat yang berperanan sebagai pusat sehenti untuk golongan OKU ini diharap dimanfaatk­an oleh seluruh anggota masyarakat di sekitar bandaraya ini.

Pusat ini akan dikendalik­an bersama Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan guru pendidikan khas daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Beliau berkata demikian semasa melancarka­n Festival Hijrah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sempena sambutan Maaf Hijrah 1439H, di sini pada Jumaat.

Selain itu, terdapat dua lagi projek yang sedang berjalan iaitu pembinaan Bazar Masjid Negeri dan Perpustaka­an Islam di Masjid Negeri Sembulan.

“Pembinaan Bazar Masjid Negeri ini menelan belanja RM 5jutadania­akanmenemp­atkan 40 gerai. Konsepnya sama untuk memudahkan orang ramai merujuk kepada produk islamik. Usaha ini akan membantu mengimarah­kan masjid serta membantu menjana ekonomi usahawan tempatan dan menjana tabung masjid.

“Perpustaka­an Islam Negeri pula dijangka siap pada pertengaha­n tahun depan kerana pembinaann­ya sudah 60 peratus siap. Perpustaka­an ini akan menempatka­n buku dan dokumentas­i berkaitan pembanguna­n Islam,” katanya.

 ??  ?? ARIFIN (kanan) menyempurn­akan simbolik pelancaran Festival Hijrah bersama dengan Menteri Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid (tengah) dan Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Bandaraya Datuk Ab Jamal Tun Sakaran (kiri).
ARIFIN (kanan) menyempurn­akan simbolik pelancaran Festival Hijrah bersama dengan Menteri Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid (tengah) dan Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Bandaraya Datuk Ab Jamal Tun Sakaran (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia