Utusan Borneo (Sabah)

Kuasai gajet bukan gajet menguasai kita, kata Salleh

-

KOTAKINABA­LU:Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengajak generasi muda, terutamany­a pelajar agar menguasai gajet dan teknologi komunikasi dan bukan teknologi berkenaan yang menguasai mereka.

Beliau berkata penggunaan teknologi komunikasi termasuk pelbagai bentuk media sosial sememangny­a tidak dapat dielakkan kerana ia sudah seperti sebati dengan generasi hari ini namun ia akan menimbulka­n masalah besar sekiranya ia disalahgun­akan.

“Gajet sebenarnya boleh digunakan untuk melebarkan rangkaian kita, menjana ekonomi kita, menambah ilmu kita… kita guna gajet untuk tambah rezeki. Inilah dunia tanpa sempadan. Bukan lagi seperti dahulu.

“Dunia masa depan akan berbeza sama sekali berbanding dengan hari ini. Kalaukitat­idakmengua­sainya kita akan terlambat dalam bidang ekonomi dan perniagaan,” katanya ketika berucap pada majlis Sehati Sejiwa di Univeriti Malaysia Sabah (UMS) di sini, pada Jumaat.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamarudin D Mudin.

Menurut Salleh kalau dahulu, peniaga memerlukan premis untuk berniaga namun hari ini premis perniagaan seperti itu seolah-olah sudah tidak perlu kerana perniagaan kini boleh dilakukan di dalam talian.

Justeru itu, katanya generasi muda mesti memahami perkembang­an semasa dan melihat jauh ke hadapan mengenai perubahan-perubahan yang bakal berlaku pada masa akan datang termasuk kedudukan negara ini 30 tahun akan datang seperti dikehendak­i mengikut Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Katanya corak pemikiran yang hanya mengharapk­an peluang-peluang pekerjaan yang disediakan dalam sektor awam juga perlu diubah kerana peluang-peluang pekerjaaan seperti itu pada masa akan datang tidak lagi sama dengan sekarang.

Sebaliknya, menurutnya generasi muda perlu melebarkan pemikiran dan mengintai peluangpel­uang pekerjaan di luar daripada kebiasaan dan teknologi komunikasi boleh dimanfaatk­an sepenuhnya untuk tujuan itu.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia