Utusan Borneo (Sabah)

Jangan hanya sasar lulus peperiksaa­n

Saranan Salleh kepada pelajar UMS

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi & Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said menyaranka­n mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) supaya tidak bersikap sambil lewa dan sekadar ingin lulus peperiksaa­n.

Katanya, generasi muda hari ini bakal memimpin negara pada masa depan, maka mereka perlu berpandang­an jauh dan mempunyai semangat daya saing tinggi untuk memastikan negara ini terus membangun.

Beliau berkata mahasiswa/ mahasiswi di universiti harus menggunaka­n ilmu pengetahua­n yang diperoleh untukmenco­rakkankehi­dupan mereka pada masa depan dengan mencari peluangpel­uang yang ada untuk meningkatk­an pendapatan.

Katanya mahasiswa/ mahasiswi perlu ingat universiti bukan sekadar tempat menduduki peperiksaa­n semata-mata. Universiti adalah sebuah komuniti yang boleh membentuk diri pelajar dalam pelbagai aspek termasuk menjalani kehidupan bermasyara­kat kerana ilmu bukan sekadar sekeping ijazah.

“Mahasiswa/mahasiswi

“Mahasiswa/mahasiswi perlu memahami tentang kualiti hidup dan masa depan mereka. Dunia sekarang tidak sama dengan dahulu. Maka, anak muda hari ini perlu bijak melihat dimana peluang yang ada untuk meningkatk­an ” pendapatan DATUK SERI PANGLIMA SALLEH TUN SAID Menteri Komunikasi & Multimedia

perlu memahami tentang kualiti hidup dan masa depan mereka. Dunia sekarang tidak sama dengan dahulu. Maka, anak muda hari ini perlu

bijak melihat dimana peluang yang ada untuk meningkatk­an pendapatan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an (MoU) antara UMS dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), di sini pada Jumaat.

Katanya, atas sebab itu dalam pelaksanaa­n inisiatif Transforma­si Nasional (TN50), pandangan anak muda turut diambil kira untuk proses konsultasi agar kehendak generasi muda ini tidak diabaikan.

Mengenai MoU yang ditandatan­gani antara UMS dan RTM, ia adalah lanjutan daripada MoU yang dimeterai pada 2006 bagi meningkat dan mengembang­kan usahasama antara bidang penyiaran, kewartawan­an dan teknikal.

Kerjasama itu melibatkan latihan dan kursus khas melibatkan pelajar UMS yang menjalani latihan praktikal dalam bidang penyiaran dan kewartawan­an di RTM. Namun ia bergantung kepada kekosongan dan keperluan sumber manusia.

Dalam masa sama, RTM juga boleh menghantar pegawai-pegawainya mengikuti kursus dan latihan di UMS dalam pelbagai bidang berkaitan dengan kerjaya mereka tertakluk kepada syarat kelayakan kemasukan UMS.

 ??  ?? NAIB Canselor UMS Prof Dr D. Kamarudin D. Mudin (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Salleh (dua kanan), turut kelihatan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim (kanan) dan Pendaftar UMS No’man Ahmad (kiri).
NAIB Canselor UMS Prof Dr D. Kamarudin D. Mudin (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Salleh (dua kanan), turut kelihatan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim (kanan) dan Pendaftar UMS No’man Ahmad (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia