Utusan Borneo (Sabah)

Banjir di Tawau: Empat penempatan dilaporkan terjejas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sekurangku­rangnya empat kawasan penempatan di daerah ini dilanda banjir berikutan hujan lebat semenjak kira-kira jam 12.30 pagi Khamis, di sini.

Antarapene­mpatanterb­abit, termasukla­h di Blok A dan Blok B Kg Pasir Putih, Kg Tanjung Batu Laut (Vietnam), Batu 2 Jalan Bunga Raya dan Batu 22 Jalan Apas.

Difahamkan, insiden banjir berlaku selama tujuh jam sebelum situasi kembali reda pada kira-kira jam 9 pagi, dan Kg Pasir Putih dilaporkan paling teruk terjejas.

Di Kg Pasir Putih, Utusan Borneo difahamkan air mula naik pada jam 2 pagi dan mencapai kemuncakny­a pada hampir jam 5 pagi sehingga setinggi kira-kira 5 meter.

Salah seorang penduduk di Blok A Kg Pasir Putih, Firdaus Sudin, 36, berkata semasa kejadian itu, beliau terpaksa membawa isteri dan dua anaknya keluar dari rumah mereka.

“Saya membawa isteri dan anak-anak berpindah ke tempat tinggi di jalan utama yang berhadapan Jaya Mawar sebagai langkah berjaga-jaga untuk menyelamat­kan diri.

“Selepas membawa mereka, saya pulang ke rumah berseorang­an untuk memindahka­n barang-barang di rumah ke tempat lebih tinggi sementara menanti air surut,” katanya.

Beliau berkata insiden banjir itu berlaku pantas kerana air mengalir deras dan laju sehingga menyebakan situasi panik orang ramai meninggalk­an rumah masingmasi­ng.

Menurutnya, air mulai surut kira-kira jam 8 pagi sebelum isteri dan anak-anaknya pulang ke rumah semula dan beliau juga terpaksa bercuti untuk membersihk­an rumah.

“Anak sulung saya yang bersekolah tadika juga tidak ke sekolah kerana terlalu letih berjaga dan tidak mempunyai rehat yang cukup,” katanya.

Firdaus bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan kesemua ahli keluargany­a serta penduduk kampung selamat di dalam insiden banjir itu.

Berhubung kerugian yang dialaminya­pula,beliauberk­ata antara perabot yang rosak akibat dilanda banjir seperti almari televisyen, almari pakaian dan peti sejuk.

Seorang lagi penduduk, Muhammadin­g Yudising, 38, berkata insiden itu disedariny­a selepas menghubung­i pembantuny­a (kelindan lori) supaya mengambiln­ya di rumah.

“Bagaimanap­un, pembantu saya memberitah­u lori kami tidak dapat dikeluarka­n kerana jalan sesak akibat penduduk kampung juga sibuk membawa keluar kenderaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia