Utusan Borneo (Sabah)

Banjir: 17 calon UPSR terjejas terpaksa dibantu menaiki bot

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 17 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terpaksa dibantu menaiki bot untuk ke sekolah akibat banjir yang melanda rumah mereka, di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba Daerah Tawau Sharudy Delamin berkata maklumat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tawau menunjukka­n mangsa melibatkan calon di lima sekolah.

“Mangsainit­erdiridari­pada 10 calon UPSR di SK Pasir Putih, dua di SJKC Kuok Ming, dua di SK Tanjung Batu, dua di SK Titingan dan seorang di SK Blok 31.

“Kesemua calon dapat menduduki UPSR masingmasi­ng hasil bantuan bomba, guru-guru dan ibu bapa yang mengambil inisiatif menghantar mereka ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata bomba misalnya membantu 10 murid yang tinggal di Kg Pasir Putih dan dua di Kg Tanjung Batu Laut untuk keluar dari kawasan penempatan dilanda banjir.

Menurutnya, sehingga banjir dilaporkan surut di kawasan rendah di sekitar daerah ini, tidak ada operasi pemindahan mangsa banjir yang terpaksa dilakukan.

“Seramai 12 pegawai dan anggota bomba yang dihantar bertugas untuk memberikan bantuan dengan kekuatan lima logistik termasuk sebuah bot penyelamat,” katanya.

Sharudy berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.43 pagi dari Kg Pasir Putih sebelum menggerakk­an bantuan pada jam 4.44 pagi.

Difahamkan, sekurangku­rangnya empat penempatan dilanda banjir seperti Kg Pasir Putih, Kg Tanjung Batu Laut (Vietnam), Batu 2 Jalan Bunga Raya dan Batu 22 Jalan Apas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia