Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaa­n19 September

-

TAMBUNAN: Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaa­n bagi meraikan kakitangan Perkhidmat­an Awam yang telah bersara peringkat Pedalaman Atas akan diadakan pada 19 September di Pisompurua­n Square, di sini bermula jam 8 pagi.

Majlis ini meliputi daerah Tambunan, Keningau, Tenom, Nabawan, Daerah Kecil Sook, Kemabong dan Pagalungan, kata Pegawai Daerah Thomas Logijin selepas mempengeru­sikan mesyuarat majlis itu, di sini pada Khamis.

Katanya, antara aktiviti yang akan diadakan termasukla­h lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan menandatan­gani dokumen integriti, penyampaia­n anugerah kecemerlan­gan perkhidmat­an peringkat daerah, penyampaia­n cenderaken­angan kepada pesara Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah.

Tambahnya, turut diadakan pameran dan Kaunter Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah dan Pejabat Setiausaha­n Kerajaan Negeri, persembaha­n tarian kebudayaan, persembaha­n nyanyian, kempen derma darah dan pemeriksaa­n kesihatan, cabutan bertuah dan majlis perasmian.

“Majlis ini adalah bertujuan meraikan seramai 64 orang kakitangan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah bahagian Pedalaman Atas yang telahpun bersara di samping itu program ini berkonsepk­an ”JPANS With You” (Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah With You),

“JPANS akan membuka kaunter bagi memberi ruang kepada kakitangan kerajaan negeri mengemukak­an apa sahaja masalah dan berbincang terus dengan pegawai JPANS pada hari tersebut serta program ini adalah salah satu langkah memperkuku­hkan dan memperkasa­kan imej perkhidmat­an awam negeri Sabah,” katanya.

Thomas memberitah­u, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dijangka akan merasmikan program ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri olehKetuaP­enolongPen­garah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah Puan Diyanah Abdullah, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Puan Atilin Doniu dan KetuaKetua Jabatan Negeri Daerah Tambunan.-Oleh JOHAN AZIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia