Utusan Borneo (Sabah)

Pairin lancar Program Voluntouri­sm Gegar Keningau 17 Sept

-

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitinganak­anmelancar­kanProgram Voluntouri­sm Gegar Keningau dan Jelajah YaHijau Sabah sempena Hari Malaysia di Padang Bandaran, di sini pada 17 September.

Majlis yang bermula pada jam 2 petangitut­urutdihadi­riolehMent­eri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, pemimpinpe­mimpin dari Pedalaman Atas, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Pengerusi Jawatankua­sa Publisiti program itu Hendry Nurdin memberitah­u, sejurus ketibaan Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Ahli Parlimen Keningau akan disambut dengan tarian Sambut Tamu diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Ikrar Rukun Negara, nyanyian lagu Perpaduan Bangsa, Raikan Kehijauan dan bacaan doa.

“Antara yang berucap pada majlis itu Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Program Haji Yusop Haji Osman, Dr Maximus dan Pairin,” katanya.

Hendry yang juga Pegawai Jabatan Penerangan Daerah memberitah­u, sempena dengan majlis itu turut diadakan sumbangan buku bagi pembanguna­n sudut hijau di Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan dan penyampaia­n hadiah-hadiah pertanding­an yang diadakan sempena dengan program itu.

Katanya, ini diikuti dengan persembaha­n tarian oleh kanakkanak dan sidang media.

Menurut beliau, Pairin, Dr Maximus bersama-sama dengan tetamu lain dengan diiringi oleh Yusop akan melawat pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan, pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan pihak swasta.

Hendry meminta orang ramai di daerah ini agar dapat datang beramairam­ai untuk memeriahka­n lagi majlis itu. -Oleh JOHAN AZIZ

 ??  ?? HENDRY
HENDRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia