Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin akar umbi digesa membantu kenal pasti penduduk perlu bantuan

-

SADONG JAYA: Pemimpin akar umbi digesa membantu wakil rakyat mengenal pasti penduduk yang memerlukan bantuan agar tiada di kalangan golongan itu terlepas pandang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dengan kerjasama daripada pemimpin akar umbi usaha untuk membantu golongan sasar akan lebih mudah.

“Oleh itu, sebagai pemimpin akar umbi yang rapat dengan penduduk dan mengetahui keadaan penduduk dan kampung, kerjasama anda amatlah diperlukan.

“Ini penting agar peduduk yang benar-benar memerlukan perhatian di kawasan ini dapat dikenal pasti dan dibantu dengan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penyerahan cek dana projek kecil luar bandar (MRP) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi kawasan Sadong Jaya di Masjid Darul Iman, Sadong Jaya di sini, pada Khamis.

Pada majlis itu, sebanyak enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima dana tersebut yang keseluruha­nnya berjumlah RM100,000.

Dana tersebut bagi menjalanka­n beberapa projek di Sadong Jaya termasuk membekalka­n peralatan bagi Dewan Kampung Semera Cina, peralatan bagi Pusat Warga Emas serta Pesta Sadong Jaya.

Pada masa sama Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong mahu setiap pemimpin akar umbi menyediaka­n senarai penduduk sasar yang perlu sentiasa dikemas kini.

Tegasnya, dengan adanya senarai itu, ia memudahkan lagi pengagihan bantuan kepada golongan sasar di sesebuah kawasan.

“Kerjasama itu penting agar apa jua rancangan pembanguna­n di Parlimen Batang Sadong berjalan lancar kerana masalah yang dihadapi penduduk dapat diselesaik­an dalam masa yang singkat dan tidak berpanjang­an,” ujarnya.

Tambahnya, senarai itu juga membolehka­n golongan sasar diberi bantuan segera seperti yang dilakukan beliau dalam Program Ziarah Kamek.

Menurutnya, program yang melibatkan agensi lain seperti Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan itu amat efektif.

“Ini kerana penduduk yang didapati memerlukan rawatan kesihatan mendapat nasihat kesihatan terus daripada pegawai yang ikut serta turun padang bersama-sama,” katanya.

Program Ziarah Kamek yang dijalankan di Kampung Sungai Bilis, Sadong Jaya itu pada Khamis menyaksika­n lapan penduduk yang memerlukan bantuan diziarahi.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? NANCY ditemani Aidel melihat petugas kesihatan memeriksa warga emas yang merupakan golongan sasar.
NANCY ditemani Aidel melihat petugas kesihatan memeriksa warga emas yang merupakan golongan sasar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia