Utusan Borneo (Sabah)

Hab Inovasi Ditigal Tegas kedua di Sarikei

Asah bakat anak muda luar bandar dalam IT, sokong keusahawan­an dan lahir inovator di seluruh negeri

-

KUCHING: Sarikei dipilih sebagai lokasi kedua untuk penubuhan Hab Inovasi Ditigal Tegas (TDIH) selepas yang pertama dilancarka­n di iCOM Square di sini Ogos lalu.

Ketua Menteri Datuk Amar AbangJohar­iTunAbangO­peng berkata hab inovasi itu penting dalam usaha kerajaan negeri mengasah bakat golongan muda di luar bandar dalam bidang teknologi maklumat (IT) serta menyokong sektor keusahawan­an dan melahirkan inovator di seluruh negeri.

Beliau berkata TDIH Sarikei akan dilancarka­n pada 17 September ini (Ahad) dan akan dihubungka­n dengan Kampung Digital yang dibangunka­n di kawasan perindustr­ian Samajaya di sini.

Tambahnya Kampung Digital itu yang berperanan sebagai inkubator dianggarka­n bernilai RM30 juta, akan siap sepenuhnya pada suku pertama 2020.

“17 September ini saya akan lancar satu lagi hab inovasi digital iaitu di Sarikei yang akan dihubungka­n dengan Kampung Digital.

“Sama seperti TDIH di sini (Kuching), hab inovasi di Sarikei dilengkapi dengan café, bilik perbincang­an, bilik persidanga­n, tempat santai dan kemudahan Internet serta komputer untuk digunakan orang ramai khususnya usahawan muda berinterak­si pada masa sama mengasah bakat mereka dalam ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Digital Kenyalang (PDK) di Penview Convention Centre (PCC) di sini pada Khamis.

Abang Johari menambah, penubuhan TDIH di Sarikei juga antara usaha kerajaan negeri mengasah bakat rakyat Sarawak di luar bandar yang dilihat berpotensi dibangunka­n.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata kerajaan negeri memperuntu­kkan RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruk­tur internet di Sarawak.

Katanya peruntukan itu akan digunakan sama ada untuk membangunk­an menara telekomuni­kasi, ‘cloud computing’, satelit mikro atau kabel gentian optik, mengikut kesesuaian bentuk muka bumi.

“Kita mahu kelajuan Internet di Sarawak dipertingk­atkan kepada 4 tbps (terabit sesaat) berbanding hanya 1.3 tbps ketika ini.

“Peningkata­n kelajuan Internet ini penting untuk memastikan pelaksanaa­n ekonomi digital di negeri ini berjaya,” ujarnya.

Beliau turut memberitah­u bahawa Rang UndangUnda­ng Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) akan dibentangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan.

“Kampung Digital itu yang berperanan sebagai inkubator dianggarka­n bernilai RM30 juta, akan siap sepenuhnya pada suku pertama 2020. 17 September ini saya akan lancar satu lagi hab inovasi digital iaitu di Sarikei yang akan dihubungka­n dengan Kampung ” Digital. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

Sarawak tegasnya, mesti mempunyai undang-undang untuk mengawal selia semua aspek ekonomi digital termasuk pengeluara­n lesen dan melindungi pengguna.

“Kita mesti ada undangunda­ng untuk mengawal selia semua aspek ekonomi digital dan melindungi pengguna.

“Rang Undang-Undang SMA akan saya bentangkan pada persidanga­n DUN November depan,” katanya.

Mengenai PDK, Abang Johari berkata ia usaha yang baik untuk membawa usahawan mikro di Sarawak menceburi bidang ekonomi digital.

“Syabas dan terima kasih kepada Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)keranameng­anjurkan program ilmu ini.

“Program ini antara usaha mentransfo­rmasikan ekonomi negara kita yang berkisar kepada penggunaan digital untuk meningkatk­an pendapatan anak-anak kita,” katanya.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Eperdagang­an Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdulah, Menteri Muda Kesejahter­aanKomunit­iDatuk Francis Harden Hollis, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dr Saadiah Abdul Samad.

 ??  ?? ABANG Johari meletakkan ibu jari pada tablet untuk melancarka­n PDK. Turut kelihatan (dari kiri) Gerawat, Yasmin, Fatimah, Wong, Harden dan Saadiah.
ABANG Johari meletakkan ibu jari pada tablet untuk melancarka­n PDK. Turut kelihatan (dari kiri) Gerawat, Yasmin, Fatimah, Wong, Harden dan Saadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia