Utusan Borneo (Sabah)

Dua kumpulan aktif pecah rumah tumpas

-

BINTULU: Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu berjaya menumpas kumpulan ‘Ah Sui’ dan ‘Nil’ yang dipercayai dua geng aktif pecah rumah sekitar Bintulu dan Belaga melalui dua siri serbuan Ops Pintu sejak 5 Mac hingga 8 September lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu ACP Zailanni Amit berkata, operasi itu membawa kepada penangkapa­n kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki Cina berumur antara 23 hingga 45 tahun, empat lelaki Melanau berumur 19 hingga 38 tahun dan seorang lelaki Kadazan berumur 31 tahun.

Jelasnya, hasil serbuan dan penangkapa­n turut membawa kepada rampasan barang disyaki hasil aktiviti jenayah pecah rumah dan curi.

“Turut ditangkap ialah pembeli barang curi iaitu dua lelaki Cina berumur 25 dan 42 tahun untuk membantu siasatan,” ujarnya dalam kenyataan media di sini pada Khamis.

Beliau berkata, dengan penangkapa­n suspek itu, polis percaya telah berjaya menyelesai­kan 10 kes pecah rumah di daerah Bintulu dan Belaga.

Jelasnya, modes operandi geng ‘Ah Sui’ bergerak berkumpula­n bersama dua hingga tiga orang dalam kenderaan menyasarka­n kawasan perindustr­ian kecil dan perumahan Jalan Sibiew Bintulu dan Belaga.

“Rumah sasaran adalah rumah tiada penghuni. Ahli kumpulan akan mengumpil pintu belakang dan memasuki rumah seterusnya mencuri barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, barangan kemas, tong gas, janakuasa dan komponen kenderaan.

“Kesemua barangan curi itu pula akan disembunyi di rumah salah seorang ahli sehingga ada pembeli. Apabila ada pembeli, barangan itu dijual pada harga murah berbanding harga pasaran semasa,” jelasnya.

Manakala geng ‘Nil’ pula kata Zailanni, bergerak bersendiri­an menaiki motosikal memasuki kawasan perumahan kawasan Jalan Tanjung Kidurong.

“Rumah sasaran juga tidak berpenghun­i dan sunyi. Suspek akan memanjat pagar dan mengumpil tingkap dan pintu yang tidak berjeriji untuk menceroboh masuk ke dalam rumah.

“Setelah memperoleh barangan berharga seperti telefon, komputer riba, barangan kemas, alat elektronik, suspek akan meminta rakan jenayah lain menjual kepada warga asing bekerja di ladang,” tambahnya.

Beliau berkata, suspek juga turut menjual barangan curi di kedai di kawasan pasar lama Bintulu.

Menurutnya, kesemua suspek sedang direman di Lokap Balai Polis Pusat Bintulu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan penjara lima tahun serta boleh dilanjut sehingga 14 tahun atau denda dan sebat.

Kes turut disiasat 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntu­kkan penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, katanya.

“Pembeli, penerima atau pengguna barang curi boleh ditangkap di bawah seksyen 411 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh di penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Selain itu pihak polis juga sedang meneliti kes terbabit dalam usaha untuk mendaftar suspek di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sejak 1 Januari sehingga 10 September, indeks jenayah Bintulu mencatatka­n penurunan sebanyak 9.35 peratus atau 44 kes.

Katanya, kategori jenayah harta benda pula mencatatka­n penurunan 12.40 peratus atau 48 kes manakala kategori jenayah kekerasan telah mencatatka­n peningkata­n 19.51 peratus atau lapan kes.

“Untuk jenayah pecah rumah dan curi menunjuk penurunan sebanyak satu kes atau 1.11 peratus, curi kenderaan menunjukka­n penurunan 40 kes atau 38.10 peratus dan curi motosikal menunjukka­n penurunan sebanyak 36 kes atau 32.14 peratus,” ujarnya.

Menurutnya, pada tahun 2017 bermula 1 Januari 2017 sehingga sekarang IPD Bintulu mencatatka­n tangkapan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) seramai 17 orang melibatkan tujuh sindiket pelbagai kesalahan seperti pecah rumah, curi, kenderaan dan pecah pencawang telekomuni­kasi.

 ??  ?? ANTARA barangan dirampas oleh polis daripada suspek.
ANTARA barangan dirampas oleh polis daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia