Utusan Borneo (Sabah)

296 bersaing dalam tujuh acara

Kejohanan Badminton Fleet Tertutup Sabah 2017

-

KENINGAU: Seramai 296 pemain menyertai Kejohanan Badminton Fleet Tertutup Sabah 2017 anjuran bersama Persatuan Badminton Sabah (SBA) dan Persatuan Badminton Daerah Keningau (PBDK) yang telah membuka tirainya pada Jumaat di Dewan Badminton Kompleks Sukan Keningau.

Kejohanan tiga hari itu mempertand­ingkan tujuh acara iaitu Perseorang­an Lelaki, Perseorang­an Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Wanita, Beregu Campuran,

Beregu Lelaki 40 tahun ke atas dan Beregu Lelaki 90 tahun ke atas telah

Majlis perasmian telah disempurna­kan oleh Penasihat (1) Persatuan Badminton Daerah Keningau Haji Yusop Haji Osman yang juga merupakan Pegawai Daerah Keningau.

Kejohanan yang akan berakhir pada Ahad, telah menarik minat sebanyak 237 penyertaan meliputi 296 pemain dalam tujuh acara yang akan berentap bagi

merebut hadiah tajaan Fleet. Presiden SBA Janih Bangud ketika ditemui berkata, kejohanan ini merupakan salah satu acara yang terbesar dalam kalendar tahunan SBA yang mana semua pemain terbaik di Sabah akan mewakili daerah masing-masing untuk merebut gelaran juara.

Katanya, penganjura­n ini dilihat mampu mewujudkan semangat setiakawan, muafakat dan silaturahi­m di kalangan pemain, pegawai serta masyarakat setempat.

Beliau merakamkan ucapan penghargaa­n dan pujian kepada semua ahli jawatankua­sa penganjur yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini khususnya Pengerusi Penganjur Felix Ganang yang juga Presiden Persatuan Badminton Daerah Keningau selaku tuan rumah kejohanan ini.

Katanya, kejohanan ini juga sebagai platform menilai keupayaan para pemain dalam meningkatk­an lagi tahap fizikal, kecergasan, mental mereka dalam sukan ini.

“Diharapkan semua pemain yang bertanding dapat menanam disiplin yang tinggi dan bertanding dengan semangat kesukanan yang tulin,” jelasnya.

“Diharapkan semua pemain yang bertanding dapat menanam disiplin yang tinggi dan bertanding dengan semangat kesukanan yang tulin. JANIH BANGUD Presiden SBA

 ??  ?? PILIHAN pertama Beregu Lelaki, Muhd Shahrul Nazim Rahman (kiri) dan Muhd Shahrul Nizam Rahman.
PILIHAN pertama Beregu Lelaki, Muhd Shahrul Nazim Rahman (kiri) dan Muhd Shahrul Nizam Rahman.
 ??  ?? menerima cenderaken­angan daripada Felix sambil diperhatik­an oleh barisan AJK PBD Keningau. Kelihatan Muhiddin Setiausaha PBDK (kanan).
menerima cenderaken­angan daripada Felix sambil diperhatik­an oleh barisan AJK PBD Keningau. Kelihatan Muhiddin Setiausaha PBDK (kanan).
 ??  ?? FELIX (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Haji Yusop sambil diperhatik­an oleh Janih. JANIH
FELIX (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Haji Yusop sambil diperhatik­an oleh Janih. JANIH
 ??  ?? HAJI Yusop memukul bulu tangkis sebagai simbolik acara perasmian.
HAJI Yusop memukul bulu tangkis sebagai simbolik acara perasmian.
 ??  ?? BARISAN pemain dari Pitas yang akan membawa cabaran dalam kejohanan ini diketuai oleh Datu Syukrinal (empat kiri).
BARISAN pemain dari Pitas yang akan membawa cabaran dalam kejohanan ini diketuai oleh Datu Syukrinal (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia