Utusan Borneo (Sabah)

Esports Rafael rebut hadiah bernilai RM100,000

-

KOTA KINABALU: Seramai lima pemain akan mewakili pasukan Esports Rafael bagi bertanding dalam permainan video FIFA 17 pada acara kemuncak Grand Final Borneo E-Arena anjuran PNM IDEAS & Gamesbond yang menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai RM100,000.

Ketua pasukannya Burhanuddi­n Yahya berkata, kesemua pemain tersenarai untuk mara ke peringkat tersebut setelah berjaya menewaskan lawan masingmasi­ng pada peringkat pusingan kelayakan permainan video bola sepak popular itu yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, Kota Belud baru-baru ini.

“Kejohanan peringkat Grand Final akan menyaksika­n seramai 32 pemain dari seluruh Malaysia akan bertanding termasuk beberapa pemain dari negara jiran seperti Indonesia dan Negara Brunei Darussalam.

“Ia akan berlangsun­g pada Ahad (17 September) di Centre Point,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.

Menurut Burhanuddi­n, saingan yang dihadapi pasti sengit kerana semua pemain pada peringkat Grand Final adalah mereka yang menang dan melepasi saringan peringkat pusingan kelayakan.

“Namun kami akan memberi yang terbaik dan ingin meraih kejayaan sekali gus memartabat­kan lagi sukan permainan video di negeri ini,” ujarnya.

Selain beliau, empat pemain lain yang mewakili pasukan Esports Rafael ialah Ahmad Fahad Haji Nasir, Mohd Sharizan Sabdin, Nikrone Stone Jolly dan Mohd Shafri Jefrey.

Untuk rekod, Borneo E-Arena merupakan pertanding­an sukan elektronik yang terbesar pernah dianjurkan di Sabah dan disokong penuh oleh Kerajaan Negeri dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Turut dipertandi­ngkan beberapa lagi sukan permainan video seperti Mobile Legends, Tekken 7, Counter Strike Global Offensive, dan DOTA2.

 ??  ?? ANTARA pemain yang berjaya pada pusingan kelayakan dan akan berentap pada pertanding­an Grand Final FIFA 17 Borneo E-Arena pada Ahad. Turut kelihatan Burhanuddi­n Yahya (berdiri tengah tiga dari kiri).
ANTARA pemain yang berjaya pada pusingan kelayakan dan akan berentap pada pertanding­an Grand Final FIFA 17 Borneo E-Arena pada Ahad. Turut kelihatan Burhanuddi­n Yahya (berdiri tengah tiga dari kiri).
 ??  ?? JUARA: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (tengah) menerima piala iringan Kejohanan Ten Pin Bowling Gaya Challenge Trophy Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya daripada pengurus pasukan bowling Umno Negeri Sabah Azami Inal...
JUARA: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (tengah) menerima piala iringan Kejohanan Ten Pin Bowling Gaya Challenge Trophy Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya daripada pengurus pasukan bowling Umno Negeri Sabah Azami Inal...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia