Utusan Borneo (Sabah)

Felicia kejar catatan masa peribadi terbaik

Sukan Para Asean Kesembilan Kuala Lumpur 2017

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Felicia Mikat (gambar) berazam memperbaik­i catatan masa peribadiny­a dengan harapan ia dapat mempertaha­nkan tiga pingat emasnya pada Sukan Para Asean Kesembilan Kuala Lumpur 2017 yang akan bermula esok.

Anak jati Sabah berusia 18 tahun dari Tambunan itu akan mempertaha­nkan semua acara yang dijuarainy­a pada sukan sama di Singapura dua tahun lalu iaitu 100, 200 dan 400 meter wanita kategori T13 (masalah penglihata­n).

Ia adalah penampilan pertama Felicia pada sukan dwi tahunan itu di Singapura dua tahun lalu dan dia membuat kejutan apabila meraih emas ketiga-tiganya, menewaskan An Nur Haiyyu Md Yussof dari Brunei, Souliphone Vongdala (Laos) dan Dong Thi Hai Yen (Vietnam).

Bagaimanap­un, tekadnya kali ini lebih kepada memburu catatan masa peribadi terbaik di mana beliau sudah mencatat 14.50s dalam acara 100m dan 30.40s dalam acara 200m semasa Kejohanan Balapan Dan Padang Sukan SekolahSek­olah Pendidikan Khas Sabah.

“Sasaran saya kali ini adalah bagi memperbaik­i catatan masa peribadi saya, walaupun saya berharap untuk mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu namun bagi saya ia adalah perkara kedua,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Felicia berkata, persiapann­ya bagi menghadapi

“Sasaran saya kali ini adalah bagi memperbaik­i catatan masa peribadi saya, walaupun saya berharap untuk mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu namun bagi saya ia adalah ” perkara kedua. FELICIA MIKAT Atlet olahraga

temasya itu berjalan lancar di mana beliau menjalani latihan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

“Kami mula berkampung di Kuala Lumpur sejak 3 September lalu untuk menjalani latihan namun sebelum itu saya juga gigih berlatih di Kota Kinabalu,” katanya.

Sukan Para Asean KL2017 akan membuka tirai saingan esok tetapi Felicia hanya akan memulakan saingan dalam acara 100m pada 18 September disusuli acara 400 dan 200m pada 19 dan 20 September.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia