Utusan Borneo (Sabah)

Juve, Napoli tumpu Serie A, lupakan kekecewaan Liga Juara

-

MILAN: Dua kelab gergasi Itali, Juventus dan Napoli, mengalih semula tumpuan kepada keselesaan dalam Serie A pada hujung minggu ini ekoran kegagalan dalam pusingan pembukaan Liga Juara-Juara.

Juventus tumpas 3-0 di Barcelona manakala Napoli mengalami kekalahan 2-1 kepada Shakhtar Donetsk di Ukraine.

Keputusan seri tanpa jaringan Roma dengan Atletico Madrid meninggalk­an kelabkelab Serie A dengan hanya satu mata sahaja di antara mereka dari pusingan perlawanan pertama dalam pertanding­an elit di Eropah itu.

“Kami masih rasa lebam sedikit, seperti yang anda mungkin bayangkan. Apabila kita sudah biasa menang dan menjadi pasukan terbaik dalam padang kebanyakan waktu kita bermain, ia agak menjengkel­kan untuk pulang selepas perlawanan seperti itu,” kata kapten Juventus Gianluigi Buffon dalam laman sesawang kelab.

“Bagaimanap­un ia adalah perkara yang bagus untuk rasa jengkel. Pasukan hebat dan orang hebat membuktika­n diri dengan menempuh waktu sukar.”

Juara bertahan enam kali Juventus, Napoli dan Inter Milan semua belum tewas dalam Seri A pada musim ini dengan maksimum sembilan mata dari tiga perlawanan.

Tiga kelab itu dijangka menambah tiga mata lagi kepada jumlah mereka apabila Juventus bertandang ke kelab bermasalah Sassuolo; Inter melawat kelab kerdil Crotone dan Napoli melayan kelab tercorot Benevento.

Roma – naib juara musim lepas – kembali menggalas tugas domestik di stadium sendiri menentang Verona setelah lawatan ke Sampdoria pada minggu lepas ditangguhk­an kerana hujan lebat di Genoa.

“Perlawanan menentang Sassuolo pada Ahad adalah peluang bagi kami untuk bermula lagi dengan keyakinan baharu, kebersamaa­n dan kecekalan Juve,” tambah Buffon.

“Kelab-kelab Milan sedang bangkit semula, Napoli masih Napoli dan Roma sudah mengubah taktik dan mungkin mempunyai falsafah berlainan juga sekarang dengan seorang pengarah sukan baharu.

“Segalanya menunjukka­n bahawa ia adalah perebutan kejuaraan yang seimbang, tetapi kita akan tahu pada hujung nanti. Pada tahun lepas kami memenangi liga dengan margin kecil berbanding pada musim-musim lalu.”

Bagaimanap­un Itali terbang tinggi dalam Liga Europa apabila Atalanta, AC Milan dan Lazio mencatatka­n kemenangan dalam pusingan pertama perlawanan kumpulan.

Atalanta – yang kembali ke Eropah selepas 26 tahun menjauhkan diri – menang 3-0 ke atas kelab Inggeris, Everton, dan seterusnya bertandang ke kelab Chievo di Verona.

Andre Silva menjaringk­an hatrik untuk Milan dalam kemenangan 5-1 di Austria Vienna untuk menenangka­n keadaan ekoran kekalahan 41 pada minggu lepas kepada Lazio. Kelab Milan milik orang China itu seterusnya akan menerima kunjungan Udinese.

“Ia adalah penting untuk bermain sebagai sebuah pasukan selepas kekalahan Ahad lepas,” kata pemain tengah Turki di Milan, Hakan Calhanoglu. “Kami menemui semula semangat pasukan kami.”

Lazio bangkit untuk mencatatka­n kemenangan 3-2 ke atas kelab Belanda, Vitesse Arnhem dan seterusnya bermain di Genoa.

Fiorentina mahu meneruskan kemenangan 5-0 mereka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia