Utusan Borneo (Sabah)

Atletico mulakan aksi di stadium baharu berdepan Malaga

-

MADRID: Atletico Madrid memulakan era baharu pada hari ini (Sabtu) apabila mereka stadium baharu mereka yang bernilai 310 juta euro (RM1.49 bilion) dibuka dengan kunjungan Malaga ke Wanda Metropolit­ano.

Pasukan Diego Simeone terpaksa bermain untuk empat perlawanan pertama mereka pada musim ini di tempat lawan kerana sentuhan terakhir sedang dibuat kepada venue yang mempunyai kapasiti untuk menampung 68,000 orang itu, hampir 20 kilometer ke timur laut dari stadium lama mereka Vicente Calderon.

Kerja akan diteruskan di luar stadium bagi kebanyakan waktu pada musim ini kerana jalan akses belum lagi siap, yang memaksa Atletico untuk melancarka­n kempen pemasaran pada minggu ini untuk menggalakk­an seramai mungkin penyokong menggunaka­n pengangkut­an awam untuk pergi ke lokasi terpencil dekat lapangan terbang bandar raya berkenaan.

“Orang di kelab bimbang suasana bagus dan segalanya berjalan dengan sempurna, tetapi kesempurna­an tidak wujud,” kata Simeone, selepas dia menunjukka­n komitmenny­a kepada masa depan Atletico dengan melanjutka­n kontraknya sehingga 2020.

“Ia akan memakan masa berbulan-bulan untuk segalanya terbentuk. Apabila kita membina sebuah rumah, masalah ada dengan bilik air, atau pendingin hawa, atau pemanasan, kita memerlukan tukang paip atau kita bertengkar dengan arkitek.

“Dalam stadium sebesar ini, sudah tentulah kami akan ada isu-isu tersebut, terutamany­a di luar stadium.”

Di dalamnya adalah cerita berlainan dan sentuhan terakhir adalah sebuah padang sempurna yang dipasang pada minggu lepas.

Tempat duduk dekat dengan garisan padang pada keempat-empat bahagian padang, yang amat menggembir­akan Simeone, walaupun pembinaan awal ke atas stadium itu dibuat dengan mengambil kira bidaan Madrid yang gagal untuk menjadi tuan rumah Olimpik pada 2020.

“Stadium itu, tempat duduk, kerusi, semuanya hebat sekali,” tambah Simeone.

“Membayangk­an penyokong Atletico di sini dan mengenali mereka dengan baik, ini umpama periuk tekanan kerana penyokong melekat pada padang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia