Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal bangkit benam Cologne

Everton tumpas 3-0 di Atalanta

-

PARIS: Alexis Sanchez menjaringk­an gol menakjubka­n apabila Arsenal bangkit selepas ketinggala­n untuk menewaskan Cologne 31 dalam perlawanan Liga Europa kelmarin yang tertangguh selama sejam disebabkan oleh masalah penonton.

Sepak mula dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H itu di Stadium Emirates ditangguh sehingga jam 9.05 malam waktu tempatan demi kepentinga­n “keselamata­n orang ramai” selepas masalah ditimbulka­n oleh ribuan penyokong Cologne tanpa tiket yang tiba di stadium.

Polis mengesahka­n empat tangkapan dibuat sebelum sepak mula manakala laporan diterima mengenai laporan pergelutan di dalam stadium.

Bagaimanap­un, apabila perlawanan akhirnya bermula, penyokong pasukan pelawat yang berjaya masuk diraikan dengan jaringan mengejut dari jarak 40 ela oleh Jhon Cordoba yang meletakkan Cologne di hadapan apabila penjaga gol Arsenal David Ospina keluar dari kawasannya.

Arsenal memperbaik­i persembaha­n pada babak kedua dan pemain gantian

Sead Kolasinac menyamakan kedudukan sebelum gol cantik dari Sanchez meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-67.

Pemain Chile itu lari ke dalam dari sebelah kiri sebelum dia melencong cubaan yang cantik ke bahagian atas sudut jauh, dan tiga mata terjamin apabila Hector Bellerin menjadikan kedudukan 3-1 pada hujung perlawanan setelah cubaan Theo

Walcott diselamatk­an oleh Timo Horn. “Kemenangan itu, dan kebangkita­n setelah ketinggala­n, ternyata memberi dorongan kepada kita. Sekarang kami akan berlatih dengan gigih dalam masa beberapa hari ini untuk bersiap sedia bagi hujung minggu ini,” kata Bellerin, yang akan menyertai pasukannya ke Chelsea esok (Ahad), kepada BT Sport. Pasukan Arsene Wenger akan beraksi semula di Eropah dalam masa dua minggu lagi di Belarus menentang BATE Borisov, yang seri 1-1 di Red Star Belgrade. Terdahulu, kempen peringkat kumpulan Everton bermula dengan buruk apabila pasukan Ronald Koeman dirobek di Itali, dan tewas 3-0 kepada Atalanta.

Kelab Serie A itu – yang kembali ke Eropah selepas 26 tahun – terpaksa melayan pasukan pelawat dari England itu di Reggio Emilia, pemanduan selama dua jam ke selatan pangkalan mereka di Bergamo, kerana stadium mereka sendiri tidak ada lesen untuk perlawanan Eropah.

Tetapi ia ternyata tidak menjadi penghalang bagi pasukan Gian Piero Gasperini, yang mendominas­i Everton sepenuhnya, dan menjaringk­an gol pada separuh masa pertama menerusi Andrea Masiello, Alejandro Gomez dan Bryan Cristante.

Gol Gomez, rembatan cantik dari luar kawasan penalti, ternyata terbaik bagi Atalanta, yang turut menyaksika­n cubaan Remo Freuler terkena palang gol pada awal babak kedua. “Banyak perkara tidak menjadi. Pada babak pertama mereka menunjukka­n keagresifa­n yang lebih, semangat yang lebih, dan ia benar-benar menyakitka­n kerana pada pendapat saya, ia bermula dengan itu dan kemudian kita memerlukan kualiti dengan bola,” kata Koeman kepada BT Sport. “Komitmen dan semangat yang mereka tunjukkan pada separuh masa pertama ternyata lebih kuat daripada kami.” Perlawanan Everton seterusnya dalam Kumpulan E adalah di stadium sendiri menentang Apollon Limassol, kelab dari Cyprus yang mencatatka­n keputusan seri 1-1 dengan Lyon pada Khamis. Sementara itu, AC Milan menggarisk­an status mereka sebagai salah sebuah pasukan untuk ditewaskan dalam pertanding­an itu apabila mereka mencatatka­n kemenangan 5-1 di Austria Vienna dalam Kumpulan D dengan Andre Silva menjaringk­an hatrik.

Milan mendahului tiga gol dalam masa 20 minit di ibu negara Austria dengan Hakan Calhanolgu menyumbat gol pembukaan dan Silva, penyerang Portugal, menjaringk­an perlumbaan di hadapan Lewis dan Sebastian jika saya mahu terus menghidupk­an harapan saya untuk memenangi kejuaraan, dan lebih cepat lagi.”

Dia dua gol.

Silva seterusnya melengkapk­an hatriknya selepas waktu rehat sebelum cubaan jarak jauh Suso melengkapk­an kemenangan.

Hoffenheim, yang tewas kepada Liverpool dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara tetapi menewaskan Bayern Munich dalam Bundesliga pada hujung minggu lepas, mengalami kekalahan 2-0 di tempat sendiri kepada kelab Portugal Braga dalam Kumpulan C walaupun Sandro Wagner meletakkan mereka di hadapan.

Pemenang lain kelmarin termasuk Villarreal, yang menewaskan Astana 3-1 di Sepanyol dalam Kumpulan A, dan Real Sociedad, yang menumpaska­n Rosenberg 4-0 dalam Kumpulan L.

Mario Balotelli menjaringk­an gol apabila Nice menang 51 di Zulte-Waregem, Belgium, dalam Kumpulan K, di mana Lazio turut menang, 3-2 di Vitesse Arnhem.

Marseille pula menewaskan Konyaspor 1-0 dalam Kumpulan I manakala Athletic Bilbao seri 0-0 di Hertha Berlin dalam Kumpulan J.

 ??  ??
 ??  ?? SANCHEZ melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol Cologne untuk gol kedua Arsenal.
- Gambar AFP
SANCHEZ melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol Cologne untuk gol kedua Arsenal. - Gambar AFP
 ??  ?? BELLERIN menjaringk­an gol ketiga Arsenal. Gambar REUTERS
BELLERIN menjaringk­an gol ketiga Arsenal. Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia