Utusan Borneo (Sabah)

City dan Watford intai tangga teratas

-

LONDON: Ia tidak mengejutka­n jika kelab berbelanja besar Manchester City berpeluang untuk naik ke tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam ini (Sabtu), tetapi kemungkina­n bahawa lawan mereka Watford akan naik ke puncak bola sepak Inggeris jika mereka menang di Vicarage Road sudah tentu akan menyebabka­n kejutan. Pendahulu liga Manchester United (MU) dan Manchester City, sekarang di tempat kedua berdasarka­n perbezaan jumlah jaringan, mempunyai 10 mata dari empat perlawanan pembukaan mereka dalam EPL.

Namun MU hanya akan bermain esok (Ahad), dan City berpeluang untuk memintas musuh tempatan mereka. City membelanja­kan lebih 200 juta pound (RM1.1 bilion) untuk mendapatka­n pemain baharu sewaktu jendela perpindaha­n baru-baru ini, dan kelab itu terdesak untuk memberi impak ke atas Liga Juara-Juara khususnya selepas mereka tersingkir pada peringkat 16 terakhir pada musim lepas. iaitu pemain pertahanan tengah England John Stones pula yang menjaringk­an dua gol untuk pasukan mahal Pep Guardiola apabila mereka menang 4-0 di kelab juara Belanda, Feyenoord, dalam permulaan yang meyakinkan kepada kempen mereka dalam Liga Juara-Juara pada Rabu lepas.

Guardiola (gambar), pengurus dari Sepanyol, gembira sekali dengan pendekatan positif pasukannya, dan berkata: “Kami tidak bermain di belakang. Kami agresif.”

Ia adalah keputusan yang memberi petanda buruk bagi Watford namun anak buah Marco Silva tidak mungkin rasa terlalu takut kerana mereka tahu kemenangan di tempat sendiri pada malam ini bermakna 11 mata bagi mereka.

Itu bermakna Watford berada di puncak tangga bola sepak Inggeris buat pertama kali sejak mereka menduduki tempat teratas Divisyen Pertama yang lama pada 1982.

Watford masih belum tewas di bawah Silva dan pengurus Portugis itu berkata: “Ia adalah penting buat masa sekarang agar semua orang, bermula dengan diri saya sendiri, terus berpijak di bumi nyata.”

Liverpool akan cuba melupakan kekecewaan yang mereka rasai selepas gagal untuk menewaskan Sevilla dalam keputusan seri 2-2 pada pertengaha­n minggu dalam Liga Juara-Juara apabila mereka menentang musuh barat laut Burnley di Anfield pada malam ini.

Pertahanan buruk sekali lagi ternyata satu masalah bagi Liverpool, yang gagal dalam cubaan untuk menandatan­gani Virgil van Dijk dari Southampto­n sewaktu jendela perpindaha­n lalu.

Bagaimanap­un, pengurus The Reds, Jurgen Klopp, yang bercakap selepas perlawanan menentang Sevilla, berkata: “Saya tahu ramai orang sedang melihat dan mereka sentiasa bercakap mengenai pertahanan. Bahawa kami tidak menandatan­gani ini dan itu.”

Pengurus Jerman itu menambah: “Ia bukan mengenai ini. Ia mengenai menjadi dominan dan hilang sedikit genggaman ke atas permainan. Kita perlu belajar untuk menjadi dominan dan tidak melepaskan gol dengan mudah.”

Tottenham Hotspur pasti mahumembuk­tikankemen­angan 3-1 mereka yang bergaya pada pertengaha­n minggu ke atas Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara di Wembley – kemenangan ketiga mereka dalam 13 perlawanan di stadium kebangsaan itu – bukan kebetulan apabila mereka menyambut Swansea City di stadium sementara mereka pada malam ini.

Spurs bermain di Wembley sementara White Hart Lane dibangunka­n semula.

Sementara itu kelab tercorot Crystal Palace akan bermain dalam perlawanan pertama mereka di bawah bekas pengurus England dan peminat The Eagles pada zaman kanak-kanak, Roy Hodgson, apabila mereka menentang Southampto­n di Selhurst Park pada malam ini.

 ??  ?? Bagaimanap­un pemain lama City
Bagaimanap­un pemain lama City

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia