Utusan Borneo (Sabah)

‘Saya di sini bukan untuk tempat ketiga’: Bottas

-

SINGAPURA: Valtteri Bottas berkata dia menganggap menduduki tempat ketiga dalam kejuaraan pemandu sebagai satu kegagalan setelah dia diberikan kontrak baharu selama setahun oleh pasukannya Mercedes dalam Formula Satu.

Pemandu Finland itu ketinggala­n 38 mata di belakang rakan sepasukan Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel dari Ferrari, dan dia berkata dia perlu meningkatk­an usaha dengan cepat.

“Apa sahaja dalam Formula Satu sentiasa boleh dengan baki tujuh perlawanan lagi,” kata Bottas menjelang Grand Prix Singapura, perlumbaan ke-14 daripada 20 perlumbaan pada musim ini.

“Namun saya sudah tentulah perlu mula menamatkan menambah: “Saya di sini bukan untuk menduduki tempat ketiga. Saya sudah tentulah mahu berjuang untuk kejuaraan itu selagi kemungkina­n itu ada.

“Saya benar-benar mahu mengambil kesempatan sepenuhnya daripada hujung tahun dan saya sentiasa menetapkan sasaran yang sangat tinggi, jadi tempat ketiga bukan salah satu daripadany­a.”

Bottas memenangi dua perlumbaan pada tahun ini dan mempunyai 197 mata, manakala Hamilton (238 mata) dan Vettel (235) mempunyai 10 kemenangan di antara mereka.

Kontrak setahun mungkin akan mendedahka­n Bottas pada hujung musim akan datang, kerana pelumba Red Bull Daniel Ricciardo adalah antara pemandu yang akan bebas untuk diambil.

Namun

Bottas berkata dia sekarang ada peluang untuk menjamin tempat bersama Mercedes dengan persembaha­nnya pada tahun ini dan musim akan datang.

“Apa yang pasti, pasukan sentiasa mahu pilihan terbuka bagi masa depan, saya faham 100 peratus. Namun saya sangat gembira dengan ini. Ia tetapi lebih bagus daripada kontrak asal saya,” kata Bottas.

“Seperti biasa dengan karier saya dalam F1, ia bergantung sepenuhnya kepada saya. Jika saya memandu dengan baik, masalah tidak ada dan kami boleh menjalin masa depan yang lama ber– sama.”

 ??  ?? BOTTAS (kiri) dan rakan sepasukann­ya di Mercedes Lewis Hamilton, bakal bersaing dalam perlumbaan F1 Singapura esok. - Gambar REUTERS
BOTTAS (kiri) dan rakan sepasukann­ya di Mercedes Lewis Hamilton, bakal bersaing dalam perlumbaan F1 Singapura esok. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia