Utusan Borneo (Sabah)

Hari Kebangsaan di Telupid meriah

26 kontinjen sertai perbarisan, lebih 1,000 hadir semarakkan sambutan patriotik

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat daerah Telupid dengan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ Khamis lalu, berlangsun­g meriah dan gemilang-gemilang serta penuh semangat kemerdekaa­n.

Sambutan tahunan bagi peringkat daerah Telupid itu diurus setiakan oleh Pejabat Daerah Beluran Telupid dengan kerjasama pelbagai jabatan/agensi kerajaan.

Orang ramai khususnya warga Telupid yang terlibat menyertai acara perarakan kontinjen perbarisan telah mula berkumpul di Padang Pekan Telupid seawal jam 6.30 pagi untuk bersama-sama menjayakan dan menyemarak­kan sambutan tersebut.

Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Telupid, Syarin Samsir berkata sebanyak 26 kontinjen menyertai perarakan dan perbarisan lintas hormat melibatkan seramai 830 peserta, manakala kehadiran keseluruha­n masyarakat Telupid sempena sambutan itu melebihi 1,000 pengunjung.

“Sebanyak 26 kontinjen menyertai perarakan dan perbarisan lintas hormat melibatkan seramai 830 peserta, manakala kehadiran keseluruha­n masyarakat Telupid sempena sambutan itu melebihi 1,000 SAMSIR” pengunjung. SYARIN Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Telupid

Kontinjen itu mewakili pelbagai jabatan kerajaan Persekutua­n dan Negeri termasukla­h pasukan keselamata­n, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, persatuan belia dan sebagainya.

Turut memeriahka­n sambutan itu ialah penyertaan ratusan pelajar sekolah yang tampil dengan pakaian seragam pasukan unit beruniform.

Katanya, perarakan kontinjen perbarisan diadakan di kawasan Padang Pekan Telupid.

Di pentas astaka Padang Pekan Telupid, tetamu kehormat majlis iaitu Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee diiringi Pegawai Daerah telupid Benedict Asmat bersama para tetamu jemputan khas menerima tabik hormat daripada ketuaketua kontinjen perbarisan yang tampil kemas, berwarna-warni dan penuh semangat patriotik.

Mendahului kontinjen perbarisan ialah empat anggota polis dari Balai Polis (BP) Telupid yang mengarak Jalur Gemilang, disusuli kontinjen PDRM dan Amanita dari Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) Telupid, Jabatan Pertahanan Awam daerah Telupid dan juga Jabatan Perhutanan Daerah Telupid.

Sebaik semua kontinjen mengambil tempat di hadapan astaka, semua hadirin dengan penuh bersemanga­t menyanyika­n bersama-sama lagu kebangsaan ‘Negaraku’ serentak dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang oleh Koperal Brazzavill­ie Khoo (BP Telupid), manakala Pegawai Baris ialah Insp. Johnny Ak Pilang Anam dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.

Tetamu kehormat seterusnya diiringi untuk diperkenal­kan kepada semua kontinjen dan seterusnya menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada semua kontinjen terlibat.

Pada majlis itu, Ronald turut menyempurn­akan pelepasan lebih 30 peserta berbasikal ‘kayuhan merdeka’ oleh ahliahli Telupid Cycling Club (TCC).

Selain pertanding­an perbarisan kontinjen, acara yang turut menarik perhatian orang ramai sempena sambutan itu ialah pertunjuka­n anggota polis IPD Beluran yang mempamerka­n kekejaman pengganas, kerjasama orang awam dan kecekapan geraktinda­k oleh pasukan keselamata­n dalam membantera­s penjenayah dan mengekang ancaman pengganas dan seterusnya membebaska­n perkampung­an yang ‘ditawan’ pengganas.

Turut menyerikan sambutan itu dengan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ ialah deklamasi puisi patriotik oleh Anis Arina Akila Rosli dengan puisi bertajuk ‘Laungan Kemerdekaa­n’ dan Kelly Jacklyn Primus (Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta) dari SMK Telupid serta Khamsah Haji Sulaiman dari Pejabat Daerah Telupid.

Selain itu, turut diadakan ialah upacara lafaz ikrar Rukun Negara serta pameran dan pengambila­n askar wataniah untuk daerah Telupid.

Berucap merasmikan sambutan itu, Ronald berkata semangat kemerdekaa­n dan cintakan negara perlu terus diperkukuh­kan dalam kalangan rakyat tanpa wujud polemik dan perasaan sangsi terharap sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia.

Katanya, walaupun berbeza dari segi sejarah dan pengisian program sambutan Hari Kebangsaan, tetapi asasnya dan matlamatny­a adalah sama untuk bersama-sama mempertaha­nkan kemerdekaa­n memastikan rakyat terus bersatu padu dan negara terus maju serta membangun bersama.

Terdahulu, Pegawai Daerah Telupid Asmat benedict dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat sambutan itu yang amat meriah.

Katanya, sambutan itu bertujuan memperinga­ti dan meraikan hari bersejarah iaitu hari negara kita berjaya memerintah sendiri tanpa bergantung kepada pihak luar.

 ??  ??
 ??  ?? RONALD (tengah) bersama Benedict (dua kiri), Shivananth­an dan Abdul Rahman (kanan) serta para tetamu jemputan.
RONALD (tengah) bersama Benedict (dua kiri), Shivananth­an dan Abdul Rahman (kanan) serta para tetamu jemputan.
 ??  ?? PERTUNJUKA­N khas PDRM (IPD Beluran) turut menyemarak­kan semangat patriotik.
PERTUNJUKA­N khas PDRM (IPD Beluran) turut menyemarak­kan semangat patriotik.
 ??  ?? RONALD (angkat bendera Jalur Gemilang) melepaskan peserta ‘kayuhan merdeka’.
RONALD (angkat bendera Jalur Gemilang) melepaskan peserta ‘kayuhan merdeka’.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA PDRM mengarak bendera Jalur Gemilang.
ANGGOTA PDRM mengarak bendera Jalur Gemilang.
 ??  ?? ANIS ARINA dengan puisi ‘Laungan Kemerdekaa­n’.
ANIS ARINA dengan puisi ‘Laungan Kemerdekaa­n’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia