Utusan Borneo (Sabah)

Kestabilan politik manfaat terbesar

Hasil kemerdekaa­n yang dikecapi negara

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Manfaat terbesar hasil kemerdekaa­n negaraiala­hkestabila­npolitik yang berupaya menghasilk­an sebuah kerajaan padu serta pengurusan sistem pentadbira­n yang cekap dan berkesan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Di samping itu, katanya hubungan baik dan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat membolehka­n pelbagai agenda dan program pembanguna­n dilaksanak­an dengan jayanya.

“Pembanguna­n ini bukan sahaja mengubah landskap fizikal negeri, tetapi juga meningkatk­an kesejahter­aan dan kualiti hidup rakyat,” katanya berucap merasmikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat daerah kecil Sook di sini, pada Khamis.

Katanya,tiadalagip­erjalanan jauh atau lama untuk ke pekan untuk mendapatka­n keperluan harian.

Menurut beliau, perjalanan yang kadangkala mengambil masa berjam-jam kini menjadi makin singkat dengan adanya kemudahan jalanraya.

Sebagai contoh, katanya di kawasan Parlimen Pensiangan ini, di antaranya pembinaan jalanraya Keningau-SookNabawa­n sepanjang 65km dengan kos RM105 juta, pembinaan jalanraya SookTulid-Sinua sepanjang 60km dengan kos RM252 juta, pembinaan jalanraya Magatang sepanjang 22km dengan kos RM50 juta dan pembinaan jalanraya AnsipDalit sepanjang 45km dengan kos 180 juta.

“Malahan bukan pembinaan jalanraya sahaja, tetapi sesuatu yang dekat di hati saya bagi memastikan masa depan anak-anak cerah melalui pendidikan.

“Antara kemudahan pembanguna­n pendidikan ialah pembinaan SMK Tulid dengan kos RM7 juta, pembinaan SK Ansip dengan kos RM8 juta, dan pembinaan SK Sook dengan kos RM8 juta.

“Perancanga­n di masa akan datang, antaranya adalah Sook akan mempunyai bangunan Balai Bomba yang melibatkan kos pembinaan RM5.5 juta.

“Dan saya jamin segala pembanguna­n atau kemajuan tidak akan terhenti. Ianya tetap akan diteruskan hasil kesepakata­n semua pihak demi kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni.

Bermula daripada sebuah negara berasaskan pertanian semasa penubuhann­ya, hari ini, Malaysia adalah negara berasaskan perindustr­ian. Malah, persediaan di masa akan datang telah dimulakan dengan perancanga­n Transforma­si Negara 2050 (TN50).

Kurup berkata, kejayaan demi kejayaan negara telah tercatat dalam lembaran sejarah dan rakyat hendaklah bersyukur dan berasa bangga dengannya.

Pada masa sama rakyat tidak boleh membiarkan diri mereka dibuai pencapaian masa lalu.

Katanya, segala pencapaian dan kejayaan masa lalu itu kini telah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah, dan ia bukan jaminan bagi rakyat untuk terus mengecapi kejayaan di masa hadapan.

Namun, katanya segala pencapaian dan kejayaan masa lalu itu, boleh dijadikan sebagai tapak yang kukuh untuk membina kejayaan baru yang lebih cemerlang.

“Persoalann­ya, ke manakah arah yang hendak kita tuju dalam mengharung­i perjalanan masa yang mendatang? Apakah legasi yang akan kita tinggalkan untuk generasi akan datang? Dan apakah sumbangan kita sebagai pemimpin dan rakyat yang cintakan tanahair ini?

“Bagi menyahut cabaran ini, saya yakin rakyat sememangny­a komited untuk merealisas­ikan visi dan misi halatuju negara kepada tahap yang lebih mantap,” katanya.

Lebih 1,000 orang menghadiri program itu, termasuk Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Alfred Angin, Penolong Pegawai Daerah Sook, Virus Malitam, Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila, dan Penolong Pegawai Daerah Keningau, Celestine Jetony.

“Pembanguna­n ini bukan sahaja mengubah landskap fizikal negeri, tetapi juga meningkatk­an kesejahter­aan dan kualiti hidup rakyat.” TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? SEBAHAGIAN kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan itu.
(Gambar kiri) KONTINJEN dari Jabatan Rela Malaysia Daerah Kecil Sook.
KURUP melakukang­imikpelanc­aran dengan melepaskan belon dan Jalur Gemilang ke udara.
SEBAHAGIAN kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan itu. (Gambar kiri) KONTINJEN dari Jabatan Rela Malaysia Daerah Kecil Sook. KURUP melakukang­imikpelanc­aran dengan melepaskan belon dan Jalur Gemilang ke udara.
 ??  ?? (Gambar kanan)
(Gambar kanan)
 ??  ??
 ??  ?? KURUP menyerahka­n Jalur Gemilang kepada salah seorang wakil dari jabatan kerajaan di Sook.
KURUP menyerahka­n Jalur Gemilang kepada salah seorang wakil dari jabatan kerajaan di Sook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia