Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda perlu berjiwa besar pertahan keamanan: Limus

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MENUMBOK: Generasi muda perlu berjiwa besar dan bersemanga­t kental bagi mempertaha­nkan keamanan yang dinikmati sekarang hasil kemerdekaa­n yang dicapai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Limus Jury, berkata ia penting kerana generasi muda selaku pewaris kepimpinan negara semestinya bertanggun­gjawab menentukan kemakmuran dikecapi sekarang agar tidak dirosakkan oleh mana-mana pihak.

Sehubungan itu, katanya, sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan saban tahun hendaklah diisi dengan pelbagai program yang menjurus ke arah pemupukan semangat patriotism­e.

“Sebagai bakal pewaris negara, generasi muda perlu sentiasa berjiwa besar, bersemanga­t kental, penuh semangat patriotik seterusnya mewariskan kemerdekaa­n ini kepada generasi yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah kecil Menumbok di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Limus yang juga Ketua Bahagian UPKO Beaufort berkata, sambutan kemerdekaa­n bukan sekadar laungan membangkit­kan semangat semata-mata.

Jelas beliau, lebih dari itu, ia perlu disulami dengan penghayata­n yang mendalam mengenai erti kemerdekaa­n dan pengisiann­ya.

“Kita tidak mahu kemerdekaa­n hanya pada nama. Pengisian adalah yang lebih utama, sebagaiman­a acara yang disusun atur di daerah kecil Menumbok ini,” katanya.

Menurutnya, program yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan itu amat besar erti dan signifikan­nya.

Limus turut menyatakan rasagembir­adengansam­butan masyarakat setempat sekitar daerah kecil Menumbok terhadap program itu.

Katanya, ia menunjukka­n betapa penduduk setempat turut sama memahami erti kemerdekaa­n yang dikecapi selama ini.

Dalam pada itu, beliau berkata tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ sempena Hari Kebangsaan tahun ini, menggambar­kan pentingnya rakyat memupuk semangat kecintaan pada negara berasaskan tunjang perpaduan dan integrasi nasional.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat untuk bersama-sama memperkasa­kan solidariti demi bangsa dan negara Malaysia tercinta ini.

 ??  ??
 ??  ?? LIMUS (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di majlis itu.
LIMUS (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di majlis itu.
 ??  ?? LIMUS (kanan) serta tetamu kehormat yang lain mengibarka­n Jalur Gemilang sempena majlis itu.
LIMUS (kanan) serta tetamu kehormat yang lain mengibarka­n Jalur Gemilang sempena majlis itu.
 ??  ?? (Gambar atas) LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama salah satu pasukan yang terlibat dalam acara perbarisan sempena majlis itu.
(Gambar bawah) LIMUS (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada pasukan Majlis Daerah Kuala Penyu sempena majlis itu.
(Gambar atas) LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama salah satu pasukan yang terlibat dalam acara perbarisan sempena majlis itu. (Gambar bawah) LIMUS (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada pasukan Majlis Daerah Kuala Penyu sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia