Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan Rubin, Raime

Sebagai calon DUN Kemabong dan Parlimen Tenom dalam PRU-14

-

TENOM: Pegerakan Wanita Umno Bahagian Tenom mengulangi seruan dan pendirian agar kedua-dua penyandang ‘incumbent’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong dan Parlimen Tenom dikekal dan dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketuanya,DatukRahma­hjan Sulaiman Khan berkata, beliau secara peribadi dan Pergerakan Wanita Umno secara rasminya sudah berulang kali menyatakan sokongan dan pendirian itu.

“Seperti saya katakan sebelum ini, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang dan MP Tenom Datuk Raimie Unggi perlu dan harus dikekalkan kerana mereka telah melaksanak­an tugas serta amanah dengan begitu `fantastik’ selama ini, berganding bahu membela nasib rakyat, mendapatka­n dana dan peruntukan pembanguna­n, demi untuk rakyat Tenom,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pergerakan WanitaUmno­BahagianTe­nom Bersama Rakyat `Dihatiku’ di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mansasoh, Kemabong pada Khamis.

Turut hadir ialah Rubin yang juga Ketua Umno Bahagian Tenom dan Raime yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian, Naib Ketua Umno Bahagian Juli Malik Hussin dan Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Jamawi Jaafar.

Rahmahjan berkata, Rubin sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS) dan Ahli Lembaga Pengarah Fama, manakala Raime selaku Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah, diberi kepercayaa­n oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, nyata telah menunaikan tangggungj­awab dengan penuh cemerlang dan berdedikas­i.

“Banyak kemajuan dan pembanguna­n dibawakan oleh kedua-dua mereka di kawasan Tenom. Rakyat sendiri dapat melihat dengan mata sendiri, hasil perjuangan dibawa kedua-dua pemimpin ini,” tegasnya.

Menurutnya, dia dan Wanita Umno Tenom lantang mempertaha­nkan keduadua mereka disebabkan gandingan Rubin dan Raime tiada galang-gantinya, dari segi perkhidmat­an untuk rakyat.

“Kita perlu melihat dalam perspektif luas lagi menyeluruh, bukan sekadar

“Banyak kemajuan dan pembanguna­n dibawakan oleh kedua-dua mereka di kawasan Tenom. Rakyat sendiri dapat melihat dengan mata sendiri, hasil perjuangan dibawa keduadua ” pemimpin ini DATUK RAHMAHJAN SULAIMAN KHAN Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom

mengintai dengan sebelah mata, hasil perjuangan mereka. Mungkin apa yang dilakukan tidak sempurna semuanya, tetapi jangan dinafikan sumbangan yang besar tatkala melihat hal-hal yang kecil.

“Yang penting, mereka melaksanak­an apa yang termampu, justeru rakyat perlu juga bersabar menantikan hal yang belum tertunaika­n,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Rahmahjan berharap agar jangan ada di kalangan ahliahli Umno terpedaya dan terperangk­ap dakyah pihak tertentu yang cuba menanguk di air keruh, termasuk dari dalam parti sendiri.

“Jangan kita terbawa-bawa rentak pembangkan­g, yang sentiasa mengintai ruang dan peluang. Pihak pembangkan­g sekadar bermain politik murahan, menghentam peribadi dan personalit­i, semata-mata untuk survival politik,” katanya.

Mengenai Program Wanita Tenom Bersama Rakyat `Dihatiku’ beliau berkata, ia antara pendekatan wanita Umno menyelami denyut nadi rakyat di peringkat akarumbi.

“Saya lakukan ini semua sebagai menggalas amanah yang sering dipesankan oleh presidenpa­rti,DatukSeriM­ohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman, supaya terus turun padang mendekati akar-umbi sepanjang masa dan bukan bermusim seperti waktu menjelang pilihan raya sahaja.

 ??  ??
 ??  ?? RAHMAHJAN (tujuh dari kiri) bersama Rubin dan Raime serta pemimpin wanita Umno Tenom memegang bendera Barisan Nasional di majlis itu.
RAHMAHJAN (tujuh dari kiri) bersama Rubin dan Raime serta pemimpin wanita Umno Tenom memegang bendera Barisan Nasional di majlis itu.
 ??  ?? RAHMAHJAN (empat dari kiri) bersama Rubin (lima dari kiri), Raime (enam dari kiri) dan pemimpin Umno Bahagian Tenom di majlis itu.
RAHMAHJAN (empat dari kiri) bersama Rubin (lima dari kiri), Raime (enam dari kiri) dan pemimpin Umno Bahagian Tenom di majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk kawasan Mansasoh yang menghadiri majlis itu.
SEBAHAGIAN penduduk kawasan Mansasoh yang menghadiri majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia