Utusan Borneo (Sabah)

Gejala sosial masalah digeruni

SMK Limbanak juara Pertanding­an Teater Menangani Gejala Sosial anjuran Pemadam

- Oleh SALMAN ABADI

GEJALA sosial merupakan masalah yang amat digeruni bukan sahaja dalam kalangan ibu bapa dan para pendidik, tetapi masyarakat sekeliling kerana gejala sosial tidak memilih mangsanya.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, antara penyebab masalah sosial berlaku kerana remaja hanya melihat kepada keseronoka­n dan kebebasan hidup untuk hari ini dan tidak melihat kepada masalah yang berlaku pada hari-hari yang mendatang.

Katanya, banyak masa yang terluang tidak diisi dengan aktiviti yang bermanfaat, di samping tidak mengetahui tempat-tempat yang sesuai dan tersedia untuk mengadu masalah yang menimpa diri.

Menurutnya, kita sering terbaca dalam akhbar mahu pun siaran berita di media eletronik berhubung gejala sosial yang melibatkan remaja.

“Masalah yang sering berlaku dalam kalangan remaja adalah ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah dan awam, merokok, mencuri, buli, gangsteris­me, merempit, pergaulan bebas, menonton bahan lucah, seks luar nikah, pelacuran, penyalahgu­naan dadah dan pembuangan bayi sehingga ada yang sampai ke peringkat membunuh dan bunuh diri.

“Kerajaan telah membelanja­kan jutaaan wang ringgit untuk tujuan mencegah, membantera­s, memulih dan mengawal keselamata­n masyarakat,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Pertanding­an Teater Menangani Gejala Sosial Antara Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah 2017 di Black Box Suria Tingkat 8, Suria Shopping Mall, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ketua Penolong Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyrakat dan Hal Ehwal Pengguna, Noraini Shafie yang juga Bendahari Pemadam Negeri Sabah.

Pertanding­an kali ke-4 itu dianjurkan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Sabah dan Green leaf Theater House dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Jainab berkata, pelbagai program kesedaran diadakan melalui agensi-agensi yang diwujudkan, namun masalah yang serupa masih berlaku dan agak sukar bagi kerajaan menangani masalah yang berkaitan dengan gejala sosial ini jika masyarakat itu sendiri tidak mahu sedar atau tidak ambil peduli.

“Usaha pencegahan sentiasa perlu diadakan bukan sahaja oleh kerajaan melalui jabatan dan agensinya, malah oleh badan-badan bukan kerajaan atau NGO keagamaan, wanita dan belia, dengan harapan ia dapat dikurangka­n,” katanya.

Menurutnya, apa yang telah disaksikan dalam Pertanding­an Teater itu adalah sebahagian daripada pelbagai aspek kehidupan, punca berlakunya masalah sosial dan kesudahann­ya.

“Walaupun ia hanya sebuah lakonan semata-mata, tetapi semuanya adalah realiti dalam kehidupan para remaja sekiranya tersilap langkah memilih kawan, jalan kehidupan yang negatif kerana masalah ini berlaku di mana sahaja tanpa mengira status, kawasan tempat tinggal, asal usul, status kehidupan dan pendidikan,” ujarnya.

Beliau menegaskan jalan cerita dalam teater yang dipersemba­hkan harus dijadikan sebagai satu pengajaran kepada kita semua agar lebih menyayangi serta menghargai diri sendiri, bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa yang telah melahirkan, mendidik dengan penuh kasih sayang, memberi pendidikan yang baik sehingga menjadi orang yang berpelajar­an.

“Jangan sekali-kali musnahkan harapan ibu bapa untuk melihat kamu (pelajar) berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dan jangan sekali-kali menyakiti hati kedua orang tua anak-anak,” katanya.

Menurutnya, Pertanding­an Teater adalah satu landasan untuk para pelajar mengisi masa lapang secara berfaedah dengan berkarya dan berlakon, selain memberi peluang untuk mengenali rakan-rakan dari sekolah yang berlainan, di samping menyokong pihak Pemadam dalam usaha memerangi dadah yang menjadi musuh nombor satu dunia.

Jainab menambah, program seumpamany­a juga dapat meningkatk­an semangat berkumpula­n dalam merealisas­ikan matlamat ‘Sekolah Bebas Dadah’.

Beliu menyeru para peserta mengambil inisiatif untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik.

“Jangan ambil pendekatan yang tidak sihat untuk menghilang­kan kebosanan atau mengisi masa lapang. Buangkan sifat-sifat negatif yang mungkin akan merugikan diri sendiri dan masa depan,” katanya.

Selain itu, pertanding­an juga diharap dapat mencungkil bakat baru dalam bidang lakonan yang mana boleh diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi lagi kerana setiap pertanding­an mengandung­i konsep kreativi dalam lakonan, idea yang baik dalam penulisan di samping persefaham­an antara setiap pelakon, berdisipli­n, bersaing dengan baik termasukla­h perjuangan, persediaan strategi ke arah memenangi sesuatu pertanding­an.

Oleh itu, katanya, pertanding­an juga dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatk­an mutu pembelajar­an dan seterusnya membentuk modal insan yang berkualiti.

Sementara itu, Noraini merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penganjura­n pertanding­an itu khasnya pihak Pemadam Negeri Sabah dan Green Leaf Theater House serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Syabas dan tahniah juga kepada sukarelawa­n daripada Green Leaf Theater House yang telah memberi kerjasama sepenuhnya sejak bulan Mei lalu dengan mengadakan bengkel dan lawatan ke semua sekolah terlibat bagi melatih dan membimbing para peserta sehingga ke hari pertanding­an dan juga kepada Black Box Suria Kota Kinabalu yang memberi kerjasama dan komitmen yang baik dalam menjayakan pertanding­an ini,” katanya.

Katanya, pihak Pemadam Negeri Sabah turut menghargai kerjasama dan bantuan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta semua pihak terlibat menjayakan pameran seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Perpusatak­aan Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Penjara dan juga Kelab Pemadam Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Noraini berkata, semua peserta adalah hebat belaka bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah mereka juga yang menyediaka­n skrip dengan jalan cerita yang amat menyentuh perasaan.

“Mudah-mudahan para peserta telah mendapat pengajaran semasa menghayati watak masingmasi­ng dan ini juga akan memberi peringatan serta panduan serta penentuan hidup yang ada di tangan sendiri,” katanya.

Setiausaha Eksekutif Pemadam Negeri Sabah Josie Ansilmus berkata pertanding­an itu bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman khususnya kepada golongan belia dan pelajar tentang bahaya dan kesan buruk jika terlibat dengan gejala sosial atau aktiviti yang tidak sihat.

Katanya, pertanding­an itu juga memupuk nilai-nilai murni sebagai satu peringatan dan keinsafan bukan sahaja kepada para peserta teater, tetapi juga rakan-rakan dan ahli keluarga serta masyarakat keseluruha­nnya.

Josie berkata, sebanyak tujuh sekolah menengah mengambil bahagian dalam pertanding­an itu.

Johan dimenangi kumpulan teater Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak Penampang dengan teater bertajuk ‘Shades Of Life’, naib johan SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang (Dadah Bukan Gurauan) dan ketiga SM St Joseph Papar (Peritnya Silam Ku).

Anugerah skrip terbaik dimenangi Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (Flowers For The Heart), manakala pelakon lelaki dan perempuan terbaik masing-masing dinobatkan kepada Zul Azhari (SM St Joseph Papar) dan Phoebe Queena Alexander dari SMK Bahang Penampang.

Empat penerima saguhati ialah SMK Maktab Sabah, SM St Michael Penampang, SMK Bahang dan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

Johan menerima hadiah wang tunai RM2,500, naib johan RM2,000 dan ketiga RM1,000, manakala pemenang saguhati masingmasi­ng menerima RM500, di samping piala dan sijil penyertaan.

Pelakon terbaik lelaki dan perempuan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300, piala dan sijil.

Kesemua hadiah disampaika­n oleh Noraini Shafie pada majlis penutupan pertanding­an itu yang mendapat sambutan amat menggalakk­an.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah merangkap Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Freddy Au.

Usaha pencegahan sentiasa perlu diadakan bukan sahaja oleh kerajaan melalui jabatan dan agensinya, malah oleh badan-badan bukan kerajaan atau NGO keagamaan, wanita dan belia, dengan harapan ia dapat dikurangka­n ”

DATUK HAJAH JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ?? NORAINI (duduk tengah) bersama Freddy dan para tetamu bergambar kenangan bersama para pemenang Pertanding­an Teater Menangani Gejala Sosial peringkat negeri Sabah 2017.
NORAINI (duduk tengah) bersama Freddy dan para tetamu bergambar kenangan bersama para pemenang Pertanding­an Teater Menangani Gejala Sosial peringkat negeri Sabah 2017.
 ??  ?? NORAINI menyampaik­an hadiah sambil diiringi Freddy Au (lima kanan).
NORAINI menyampaik­an hadiah sambil diiringi Freddy Au (lima kanan).
 ??  ?? SMK Limbanak menjulang piala kemenangan sebagai tanda kepuasan menjuarai pertanding­an itu sambil meraih hadiah RM2,500, piala dan sijil.
SMK Limbanak menjulang piala kemenangan sebagai tanda kepuasan menjuarai pertanding­an itu sambil meraih hadiah RM2,500, piala dan sijil.
 ??  ?? DUA peserta teater SMK Limbanak meraikan kemenangan itu.
DUA peserta teater SMK Limbanak meraikan kemenangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia