Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Ikon Wanita Sabah EJQFSLFOBM CVBU LBMJ QFSUBNB

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

SETIAP tahun penganjura­n Sambutan Hari Wanita peringat negeri pasti menampilka­n kelainan bagi memperliha­tkan keunikan sambutan bagi menghargai dan mengiktira­f sumbangan wanita.

Anugerah lain yang akan turut disampaika­n pada malam itu adalah anugerah wanita cemerlang, persatuan wanita cemerlang, usahawan wanita, usahawan wanita luar bandar dan usahawan wanita harapan.

Untuk tahun ini, Anugerah Ikon Wanita Sabah diperkenal­kan buat julung-julung kalinya bagi menggantik­an anugerah Tokoh Wanita yang diberikan bagi mengiktira­f individu yang banyak menyumbang kepada pembanguna­n wanita di negeri ini.

Dengan tema ‘Wanita Mengubah Ekonomi Global’, malam kemuncak sambutan Hari Wanita tahun ini memfokuska­n kepada pengiktira­fan wanita dalam bidang keusahawan­an.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata sambutan itu akan diadakan pada 23 September di Magellan Sutera Harbour dan dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

Beliau berkata sambutan berkenaan adalah acara tahunan yang diadakan bagi mengiktira­f, memberi penghargaa­n dan menzahirka­n keprihatin­an kerajaan terhadap sumbangan dan peranan wanita dalam menjayakan pembanguna­n keluarga, masyarakat, negeri dan negara.

Peningkata­n penyertaan wanita sebagai usahawan amat ketara dan ini membuka ruang kepada mereka untuk meningkatk­an pencapaian mereka dalam bidang berkenaan.

Menurutnya sambutan itu juga bertujuan untuk memberi galakan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai penglibata­n wanita dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, politik dan sosial.

“Tema kali ini membawa mesej yang jelas bagi memastikan setiap wanita mencapai potensi ekonomi yang optimum dan berdaya saing,” katanya pada sidang media sempena Sambutan Hari Wanita peringkat Negeri 2017, di sini pada Khamis.

Menurutnya aktiviti sempena sambutan Hari Wanita itu sudah bermula pada hujung Ogos dan akan berakhir pada Oktober.

Sambutan itu dilaksana dengan kerjasama kementeria­n, Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Jabatan

Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa), Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga serta Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah.

 ??  ?? JAINAB (duduk-tengah) bersama Pengarah Jhewa Masnah Mat Salleh (duduk-dua kanan), Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Janet Chee (dua kiri) serta ahli jawatankua­sa Sambutan Hari Wanita peringkat Negeri yang lain.
JAINAB (duduk-tengah) bersama Pengarah Jhewa Masnah Mat Salleh (duduk-dua kanan), Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Janet Chee (dua kiri) serta ahli jawatankua­sa Sambutan Hari Wanita peringkat Negeri yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia