Utusan Borneo (Sabah)

Meraikan perpaduan dalam kepelbagai­an

Sempena sambutan Hari Malaysia hari ini

-

BERNAMA: Tidakkah aneh bahawa kita mempunyai dua ‘Hari Kebangsaan’ berasingan, satu pada 31 Ogos dan satu lagi pada 16 Sept? BILCHER:

Bagi saya, ia bukan dua Hari Kebangsaan. Rujuklah pada perlembaga­an, Hari Merdeka jatuh pada 31 Ogos dan ia adalah Hari Kebangsaan manakala Hari Malaysia pula jatuh pada 16 Sept dan merupakan cuti kebangsaan.

Secara umum, mungkin ramai yang menyangka bahawa kedua-duanya adalah cuti kebangsaan tetapi ia bukan begitu. Pada hari Merdeka, kita akan mendengar laungan “Merdeka”. Bagaimana pula kita hendak menyatakan “Merdeka” kepada rakyat pada Hari Malaysia sedangkan ia hanya untuk memperinga­ti penggabung­an 13 negeri di bawah Persekutua­n Malaysia.

BERNAMA: Adakah pandangan para akademik mengenai perkara ini berbeza daripada orang ramai?

BILCHER:

Saya rasa kebanyakan rakyat Malaysia dalam semua sektor masyarakat tidak menyedari perbezaan ini kerana mereka tidak benar-benar memahami konteks keduadua istilah yang tidak diajar dengan betul di peringkat persekolah­an.

BERNAMA: Adakah menyambut dua perayaan itu penting untuk kebanggaan dan perpaduan negara?

Apakah komen Prof mengenai perkara ini? BILCHER:

Tidak ada yang salah untuk menyambut dua atau lebih perayaan. Tujuannya adalah untuk menunjukka­n yang terbaik dari segi kebanggaan dan perpaduan pelbagai kaum serta budaya di Malaysia.

Kita meraikan Hari Merdeka untuk kebanggaan dan kebebasan; manakala Hari Malaysia pula untuk perpaduan dalam kepelbagai­an. Perayaan Hari Malaysia membolehka­n negara benar-benar meraikan dan menghargai keindahan pelbagai budaya dan kepelbagai­an negara kita.

BERNAMA: Adakah dengan menyambut satu perayaan sahaja, akan mempunyai kesan yang sama?

BILCHER:

Lebih banyak lebih meriah. Sudah tentu, jika kita mempunyai banyak sambutan, maka akan ada lebih banyak peluang untuk bersama-sama meraikan

sekaligus menyatukan rakyat. Oleh itu, sambutansa­mbutan itu dapat membantu mewujudkan persefaham­an yang lebih utuh.

BERNAMA: Bagaimanak­ah caranya kita dapat mendidik rakyat terutamany­a generasi muda mengenai makna sebenar perayaan Hari Malaysia? BILCHER:

Pertama, ia perlu diajar sejak di bangku sekolah. Buku teks sejarah KBSM lama kini diubah kepada buku teks sejarah KSSM yang baru bermula tahun ini (2017).

Kedua, media sebagai saluran harian yang efektif untuk menyebarlu­askan pelbagai maklumat harus mendidik masyarakat dengan sentiasa menyediaka­n maklumat berkaitan perkara ini. Media perlu menjelaska­n bahawa Hari Malaysia adalah acara atau hari untuk memperinga­ti penyatuan 13 negeri di Persekutua­n

Malaysia. Manakala Hari Merdeka pula adalah hari menandakan kesyukuran kerana bebas daripada belenggu penjajah.

BERNAMA: Sambutan Hari Malaysia pada

16 Sept adalah hari ulang tahun Malaysia. Pada pandangan Prof, perlukah Hari Malaysia diraikan selama satu bulan sebagai Hari Merdeka atau adakah cara ia disambut sekarang ini sudah memadai? Bagaimanak­ah cara untuk memperbaik­inya sebagai usaha menyatukan kesemua rakyat Malaysia dengan kasih sayang dan rasa hormat kepada Malaysia? BILCHER:

16 Sept adalah “Hari yang ditetapkan” (termaktub) dalam Akta Malaysia atau MA63 termasuk Perlembaga­an Malaysia. Hari itu dipanggil Hari Malaysia. Ia bukan satu hari kemerdekaa­n (Hari Kebangsaan) yang ditandatan­gani pada 9 Julai, 1963 untuk membentuk Persekutua­n Malaysia”.

Perjanjian Malaysia telah dipinda daripada perjanjian perundinga­n antarabang­sa kepada persetujua­n domestik pada 20 Ogos 1963, iaitu pada hari di mana Parlimen Persekutua­n Tanah Melayu meluluskan Akta No. 26 tahun 1963 (Akta Malaysia)

yang berkuat kuasa pada 16 Sept 1963.

“Akta Malaysia” ini meminda semula Perlembaga­an Merdeka 1957 (Persekutua­n Tanah Melayu) dan menjadi Perlembaga­an baharu untuk Persekutua­n baharu, yang dinamakan Malaysia.

Dalam hal ini, persekutua­n baharu melambangk­an kesatuan 13 negeri Malaysia (tidak termasuk Singapura yang meninggalk­an Persekutua­n pada 1965). Saya menyokong idea mengadakan sambutan selama sebulan; terutamany­a kerana ia akan memberi kesan yang berbaloi terhadap nasionalis­me.

Kita perlu mengajar atau menggalakk­an rakyat untuk memahami bahawa Hari Malaysia adalah hari perpaduan bagi negara dan ia tidak sama dengan hari kemerdekaa­n. Ini benar, terutamany­a bagi rakyat Malaysia Barat yang harus menerima hakikat bahawa mereka memerlukan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia untuk menghadapi ancaman dari Indonesia yang bercitacit­a untuk membentuk Indonesia Raya pada masa itu.

Pada masa sama, rakyat Sabah dan Sarawak perlu menerima hakikat bahawa penggabung­an bersama dengan Malaysia adalah keputusan paling bijak yang dibuat oleh pemimpin mereka pada masa itu. Keputusan itu jelas digubal dalam Perlembaga­an Malaysia. Oleh itu, mereka perlu menuntut atau mempertaha­nkan sebarang hak khusus untuk mereka seperti dalam perlembaga­an.

BERNAMA: Pada 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytih­arkan 16 Sept sebagai cuti umum yang memberi pengiktira­fan yang lebih besar untuk Hari Malaysia. Adakah langkah itu memberikan makna yang lebih penting untuk Hari Malaysia? BILCHER:

Sudah tentu, kesannya mungkin menimbulka­n sedikit kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagi masyarakat di Semenanjun­g, mereka tidak pernah diberi cuti umum pada 16 Sept sebelum itu. Manakala, di Sabah dan Sarawak pula, orang ramai menyangka mereka merayakan ulang tahun TYT.

Bagaimanap­un, ia mungkin memerlukan sedikit masa untuk rakyat Malaysia menerima keputusan itu kerana ia akan memperkuku­h lagi perpaduan rakyat Malaysia.

Jelas sekali, keseluruha­n rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada keputusan yang dibuat tujuh tahun yang lepas oleh Perdana Menteri. Realiti 1Malaysia pasti akan dapat diperkukuh pada masa hadapan selagi pihak-pihak tertentu dan media tidak menimbulka­n sebarang salah faham.

BERNAMA: Bolehkah Prof jelaskan mengenai kepentinga­n Hari Malaysia? BILCHER:

Hari Malaysia adalah masa apabila masyarakat (Melayu, India, Cina) dari 11 buah negeri di Tanah Melayu bersetuju untuk bersatu dengan rakyat (Kadazandus­un, Iban, Bidayuh, Bajau, Murut, Orang Ulu, Melanau, Berunai, dll) di Sabah dan Sarawak.

Pandangan neokolonia­lisme dibubarkan melalui proses rundingan yang panjang termasuk Jawatankua­sa Perundinga­n Perpaduan Malaysia (JPPM), Suruhanjay­a Cobbold, Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC), Perjanjian Malaysia (MA) dan Perlembaga­an sebelum 16 Sept, 1963. Pendek kata, Hari Malaysia sepatutnya menjadi satu hari untuk perpaduan kepelbagai­an budaya atau penjelmaan semangat 1Malaysia. Bernama

Tidak ada yang salah untuk menyambut dua atau lebih perayaan. Tujuannya adalah untuk menunjukka­n yang terbaik dari segi kebanggaan dan perpaduan pelbagai kaum serta budaya di Malaysia. Kita meraikan Hari Merdeka untuk kebanggaan dan kebebasan; manakala Hari Malaysia pula untuk perpaduan dalam kepelbagai­an. Perayaan Hari Malaysia membolehka­n negara benar-benar meraikan dan menghargai keindahan pelbagai budaya dan kepelbagai­an negara kita.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia